BTC USD 85,366.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

e652919f7c2c4d30077fea04c9a76555.jpg=s660


'Belanjawan kapitalis' abaikan negeri PAS - Ismail Sabri

Diterbitkan Hari ini 3:40 petang | Dikemaskini Hari ini 4:01 petang

PARLIMEN | Negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah PAS diabaikan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu menyediakan peruntukkan bagi pembangunan yang digariskan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), yang menyeru terhadap kesinambungan projek berimpak tinggi.

RMK11 menekankan kepentingan merapatkan jurang pembangunan antara negeri yang memberi tumpuan kepada negeri kurang maju seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

Ismail menyifatkan Belanjawan 2020 memperuntukkan agihan yang besar kepada empat negeri itu tetapi tiada peruntukkan seumpamanya kepada pembangunan di Terengganu dan Kelantan.

"Di manakah peruntukan untuk projek berimpak tinggi bagi Kelantan dan Terengganu seperti yang ditegaskan oleh Pakatan Harapan sendiri dalam Kajian Separuh Penggal RMK11?” tanya beliau ketika sesi perbahasan Belanjawan2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Hanya 2 sekolah, kata Takiyuddin

Takiyuddin Hassan (PAS- Kota Bharu) mencelah dan menyentuh bahawa kedua-dua negeri tersebut hanya menerima dua sekolah baru - satu di Tumpat, Kelantan dan sebuah lagi di Marang, Terengganu.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS- Rantau Panjang) berkata beliau terkilan bahawa kedua-dua negeri tidak menerima peruntukkan seperti negeri-negeri lain.

"Negeri (Kelantan) yang sebelum ini dihina sebagai negeri paling miskin, tetapi peruntukan tidak diberi seperti diberi negeri lain.

"Banyak projek dijanjikan masih tertangguh, khususnya tebatan banjir sekarang kita akan berdepan dengan musim banjir yang sudah berpuluh kali saya sebut," katanya.

'Hukuman kerana undi PAS?'

Bersambung dengan perbahasan, Ismail bertanya: "Saya nak tanya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), adakah ini merupakan satu hukuman terhadap rakyat Kelantan dan Terengganu kerana mereka undi PAS?" (PRU14).

"Adakah kerana itu negeri-negeri ini dipinggirkan?" soal ahli Parlimen Bera itu lagi.

"Memandangkan Belanjawan 2020 mendiskriminasi Kelantan dan Terengganu, saya tuntut agar inilah masanya untuk memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada kedua-dua negeri tersebut," katanya.

Tambahnya, bahawa tidak ada sebarang dasar baru atau inisiatif khas secara besar-besaran untuk menambah baik kehidupan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar dan mereka yang memerlukan.

Sebaliknya, katanya, komuniti perniagaan dan pelabur luar negara akan terima pelepasan cukai dan bantuan kerajaan.

Beliau dengan itu menjelaskan Belanjawan2020 sebagai "Belanjawan Kapitalis” yang meminggirkan masyarakat pedadalaman dan miskin, yang memerlukan lebih perhatian kerajaan.


Mahathir dari dulu lg anti kelantan, sejak zaman nik aziz lagi. Tak tahu la nak sedih ke nak gelak.
 
89c772dd268f0b4c433eb6d7ee0957c4.jpg=s660


Sekolah kebangsaan dilayan secara tidak adil, kata Ismail Sabri

Diterbitkan Hari ini 6:41 petang | Dikemaskini Hari ini 6:43 petang


PARLIMEN l Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Ismail Sabri Yaakob menuduh kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi layanan yang adil kepada sekolah kebangsaan dalam Belanjawan 2020.

Membandingkan, peruntukan RM300 juta kepada 9,000 sekolah kebangsaan dengan RM15 juta untuk diserahkan kepada 60 buah sekolah menengah persendirian Cina, katanya, setiap sekolah Cina itu akan mendapat purata RM250,000 pada tahun 2020.

Jumlah itu, menurutnya, adalah 6.5 kali atau 555 peratus lebih tinggi daripada RM38,172 yang akan diterima oleh setiap sekolah rendah kebangsaan.

“Dan sekiranya pengagihan peruntukan ini dihitung berdasarkan bilangan kelas, 1 kelas sekolah kebangsaan mendapat hanya sebanyak RM1,986 peruntukan naik taraf.

“Sedangkan 1 kelas SJKC mendapat sebanyak RM2,602 dan SJKT mendapat sebanyak RM11,299,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Justeru, kata pemimpin Umno itu, pembahagian peruntukan kewangan perlu dilaksanakan secara lebih adil dan berpadanan haruslah berpandukan bilangan sekolah dan jumlah pelajar.

“Bukannya sekadar bersifat pukul rata...

“Kalau konsep kesamarataan itu digunakan, tentu sekolah kebangsaam dapat banyak, sekarang dasar tidak sama rataan dilaksanakan, dasar tidak adil dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah dan berkata bahawa belanjawan untuk pendidikan harus diperuntukkan mengikut komposisi kaum di negara ini.

“Jumlah penduduk negara ini, bumiputera 70 peratus, 22.8 peratus Cina, 6.9 peratus India.

Apa asas digunakan untuk beri bantuan pendidikan, mengapa tidak ikut asas penduduk,” soalnya.


Terima kasih kerana highlight kenimbangan saya.
 
Terima kasih kerana highlight kenimbangan saya.

dah cek thru kebanyakan pendapat dari netizen socmed yg berpengetahuan dan berilmu (pendek kata ilmuan), aah mereka suarakan analisis seperti yg tn moore kemukakan ni dan kebimbangan mereka :)

saya rasa kan, mereka tu baca cg kot sebaik selesai belanjawan, baca tn moore punya pendapat, bersetuju sekaligus tercetus idea terhasil kat socmed :D
 
Belanjawan keseluruhan naik lg jumlah..walopun negara katanya hutang byk..
Tahun lepas pun sama belanjawan naik dari tahun2 sblm..
Tapi kesannya xnampak, yg nampak potongan sana sini, sini krg sana krg..
Pembuangan pekerja makin byk, graduan tanam anggur lagi2 ler..kos sara hidup makin meningkat..
 
Lim buat hal lagi. Lim buat press conference kononnya dah bayar royalti kat kelantan. MB kata Lim bg tu peruntukan, bukan royalti.

Tp di mata cina, MB kelantan di lihat tamak dan tak bersyukur.
Tak percaya, boleh tgk komen orang cina dlm malaysiakini tentang berita ni. Persepsi mengatasi kebenaran.
Hebat tak game mereka?
 
Back
Top
Log in Register