BTC USD 85,533.8 Gold USD 4,131.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 dipuji sebagai ‘belanjawan pilihan raya’, kata Guan Eng

October 13, 2019 7:52 PM

LIM-GUAN-ENG-BELANJAWAN-2020-02.jpg

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belajawan 2020 di Dewan Rakyat Jumaat lepas.

BERA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, sebagai luar biasa kerana mendapat pujian sebagai “belanjawan pilihan raya”.

Lim berkata, seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) ada bertemu dengannya selepas selesai pembentangan itu dan memberitahu peruntukan yang diberikan kali ini adalah sangat menyeluruh seperti yang biasanya diberikan pada tahun pilihan raya umum akan diadakan.

“Saya menjawab bahawa kita perlu buat perubahan daripada kerajaan sebelum ini, iaitu belanjawan kita seperti belanjawan pilihan raya walaupun (tarikh) pilihan raya masih jauh. Kita harap boleh buat begini setiap tahun.

“Kita kena berusaha untuk buat perubahan yang kita janjikan kepada rakyat dan bagaimana susah sekalipun, kita kena berusaha. Setakat ini, banyak reaksi yang diterima yang pada keseluruhannya adalah positif,” katanya.

Lim berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pahang di pejabat DAP Triang di sini hari ini, yang turut dihadiri pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah serta barisan kepimpinan parti.

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu sebagai menyeluruh kerana dibuat secara “suci hati bagi membantu rakyat” menyebabkan pembangkang tidak dapat membalas pembentangan tersebut.

“Jika kita menyaksikan pembentangan itu secara ‘live’, pembangkang begitu agresif pada peringkat awal, namun bila saya sudah habis (membentangkan belanjawan) mereka semua sudah menghilangkan diri,” katanya.

Lim berkata, belanjawan itu bukan sahaja bermatlamat meningkatkan ekonomi negara, tetapi juga untuk kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang pekerjaan, kesejahteraan wanita, mementingkan aspek pendidikan dan institusi keagamaan.

 
Mohamad Jamalee
12 min

Sesiapa yang dah lama berteman dengan saya di facebook pasti perasan saya agak kritikal dalam menyuarakan ketidak-puasan hati saya terhadap pembangkang yang terlalu senyap dalam menyuarakan isu.

2 isu terbaru yang saya kecam pembangkang adalah ketika keputusan kes arwah Adib keluar dan isu dengan pekerja Food Panda.
Tapi untuk Belanjawan Alternatif ni saya memang tak ambil pusing.

Saya tak faham mengapa Hannah Yeoh dengan Liew Chin Tong begitu terdesak nak UMNO-PAS buat bising ketika Belanjawan dibentangkan dan mempersoalkan ketiadaan Belanjawan Alternatif.

Untuk apa buat bising dan buat Belanjawan Alternatif hanya untuk media memainkan isu ini saja dan terlepas pandang prestasi kerajaan hari ini untuk Belanjawan tahun lepas dan kritik kelemahan Belanjawan tahun ini?
Itukan lagi best.

UMNO ni kalau tak pernah jadi kerajaan, tak pernah buat Belanjawan, boleh jugalah Liew Chin Tong nak persoalkan. Ini UMNO tiap-tiap tahun bentang Belanjawan bang oi. Takkan sebab tak buat Belanjawan Alternatif nak jadikan ia isu besar?
Kelakar.

Salah satu sebab saya tak gemar Belanjawan Alternatif ni sebab ia benda bodoh. Janji nak bagi pendidikan percuma lah, hapus tol lah, hapus PTPTN lah, turunkan harga minyaklah, buat kiraan itu kiraan ini, formula itu formula ini, tapi bila jadi kerajaan bagi alasan "Oh kami tak tahu kedudukan kewangan negara". Padahal semua keadaan kewangan negara terpampang dekat BNM.
Kan ke bangang kalau buat Belanjawan Alternatif macam ni?

Haa ni layak dipanggil Belancauan.

Dari buat Belancauan ni, baiklah ulas prestasi Belanjawan kerajaan tahun ini dengan Belanjawan tahun depan. Lagi besar faedahnya.

72420268_501751110667707_60661637052366848_n.jpg

72588562_501751130667705_1042889819782381568_n.jpg


 
Najib Razak

Tak payahlah nak hasut, Chin Tong.
UMNO dan BN dah terbukti untuk merangka belanjawan selama berpuluh tahun sehingga negara kini diambang menjadi negara pendapatan tinggi.
PAS juga terbukti dalam belanjawan negeri Kelantan selama berpuluh tahun.
Yang DAP dan PH terbukti pula ialah:
- pasaran saham paling teruk dalam dunia,
- ekonomi yang semakin merosot,
- kenaikan hutang negara 3 kali ganda lebih cepat berbanding masa BN,
- jual aset negara secara lambak
- janji harga minyak RM1.50 menjadi RM2.50
- salam 1.25%
- salam 2.0%
- menipu manifesto
- apps cari tandas
- menteri pertama dalam dunia yang pernah difitnah ada ijazah
- kempen minum sesudu sawit sehari; dan
- menteri yang terbukti boleh masak kari kepala ikan.
Tahun lepas kita bagi idea-idea bajet, korang pun tak hirau.
Tahun lepas kami bagi nasihat untuk kekalkan GST, jangan potong bantuan, jangan naikkan defisit negara, jangan jual aset dan jangan buat andaian harga minyak dunia pada harga US$72, korang tak mahu dengar.
Biarkanlah Guan Eng terus buat apa yang dia suka kerana dia tak akan dengar.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


7.8K
 
Najib razak

Chin Tong nak sangat belanjawan alternatif? Inilah belanjawan alternatif mereka untuk tahun 2018.
- pendidikan percuma untuk rakyat
- Hapuskan tol dengan beli balik konsesi
- Naikkan royalti minyak Kelantan, Terangganu, Sabah dan Sarawak kepada 20%
- Dana pembangunan RM75 bilion buat penduduk Sabah dan Sarawak.
Dia dah lupa?
Chin Tong boleh kongsi kepada Guan Eng dan suruh dia buat dalam bajet 2020.
Imej mungkin mengandungi: teks

ambik ko ...nak sangat
 
Mmg Aku buat lawak pun...
Klau tak buat ape letak emoji Tu... 🤣
Tu sel2 otak lambat berhubung... 🤣

rupanya kau buat lawak...tapi tak ada orang nak gelak..sian kat kau
ok aku tolong gelakkan untuk kau...kah kah kah
 
Back
Top
Log in Register