BTC USD 85,403.1 Gold USD 4,136.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Ni lah hasil kebijakan #Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.. diam2 D4P bagi bajet besar kat kaum mereka..

Bilangan SK 5874
Bilangan SMK 1989
Bilangan SJK (C) 1298
SJK (T) 525
Asrama Penuh 69
Sekolah Agama 59
Sekolah Persendirian Cina 64

Bila dikira..
Sekolah Kebangsaan dapat 38k bagi setiap sekolah
Manakala
Sekolah Persendirian Cina dapat 234k bagi setiap sekolah

Data bilangan sekolah Dikemaskini oleh KPM bagi tahun 2018

Fikir2kan sekolah persendirian cina yg mewah masih dibantu. Dah lah tak ikut silibus KPM.. istimewanya sekolah persendirian ni dimata KPM

Terbaik lah. Cina dapat lebih
 
ss.png



Belanjawan tak terbaik bagi sabah sarawak :cry:
 
Teringat arwah abah duk tanya byk kali 2 minggu sebelum meninggalkan kami.

"adik bila nak posting (keja deessar) ?"

Aku duk cakap mungkin tahun ni. Pastu esok arwah tanya lagi benda sama.

X sempat arwah abah nak tgk aku jadi dressar.

Ni kalau lahabau mana pegi potong bajet kesihatan tahun 2020, mmg aku gi terajang kepala dia.

ang x nampak menteri kesihatan dok belakang cium kentut lge kemarin masa pembentangan.. zaman la tuhan tunjuk terang terang tali barut melayu barua komunis depan depan..

pada hemat aku kalo dah dari zaman portugis dah ada dna tali barut sampai kiamat tetap akan ke situ jua.. cuma TUAN bertukar tukar la..
 
Shahril Sufian Hamdan
16 jam ·

Petang tadi bersiaran di Astro AWANI bersama usahawan dan penganalisa politik mengupas #Belanjawan2020. Saya komen ringkas guna bahasa mudah:

POSITIF (yg elok kita kata elok..baru namanya pembangkang membina 😏)

1) meneruskan kesinambungan Belanjawan2 terdahulu - menggunakan institusi2 yang telah diwujudkan oleh Kerajaan sebelum ini. Baik ECERDC, NCIA, Cradle, MaGIC dll. Tak rebranding tak tentu hala. Bagus.

2) amat menekankan ekonomi digital dengan beberapa inisiatif mengakar yg baru. Termasuk yang akan membantu Bumiputera secara langsung dan tak langsung. Atas kertas, ni bagus.

YANG NEUTRAL/SANGSI/DIKHUATIRI

1) Penggabungan institusi kewangan pembangunan: SME Bank, Danajamin, EXIM Bank, Bank Pembangunan.
Tunggu dan lihat. Boleh jadi elok boleh jadi tak elok kerana institusi2 ini ada pengkhususan mereka tersendiri sebelum ini. Bila gabung sejauh mana kepakaran khusus mampu dikekalkan?

2) Blueprint Kewangan Islam.
Dari dulu Malaysia nak jadi hab Kewangan Islam. Zaman BN kita dah ada permulaan baik (penerbitan sukuk yg besar dll) tetapi belum pasti kita maintain juara. Perlu perancangan berterusan supaya tak dipintas negara2 lain dari Timur Tengah mahupun Singapura yang ada kelebihan sedikit sebagai pusat kewangan rantau ini. Malaysia ni kita selalu starting/launching cantik tapi finishing belum tentu. Nak tengok Blueprint tu siap cepat dengan pelaksanaan rapi. Tak banyak sektor yang kita boleh harapkan nak jadi #1 dunia. Ini salah satu. Jangan lepaskan peluang.

NEGATIF:

1) Warga bukan Malaysia boleh beli rumah 600k ke atas. Zaman BN kita buat nilai ambang 1juta untuk hadkan pembelian spekulatif. Bila turun semula nampak pro pemaju dan akan terus naikkan harga rumah. Saya betul2 tak minat ni. Menteri Kewangan seakan mengesahkan dia pro developer.

2) Bon samurai. Hutang lagi...dalam matawang asing. Boleh Google atau semak kenyataan saya sebelum ini kenapa saya tak minat bon samurai walaupun kadar bunga rendah. Memang ada pandangan kontra tapi ideologi ekonomi saya, seboleh2nya kalau nak hutang juga, hutang guna RM dgn bon Kerajaan Malaysia. Masing2 boleh kaji dan buat pendirian sendiri.

3) Bayar graduan yang menganggur lebih 12 bulan sebanyak RM500 sebulan untuk 2 tahun seandainya dapat kerja. Kalau dah dapat kerja maknanya masalah selesai - kenapa nak bagi 500 lagi. Pelik. Lebih elok belanja tempat lain seperti program latihan kemahiran dan sebagainya. Nampak seakan Kerajaan nak populis tanpa selesai masalah pun.

4) Bantuan 15juta kpd sekolah persendirian cina. Bukan soal perkauman yang saya memang tak minat main. Tapi ini sekolah persendirian. Bukan SJK pun. Berapa banyak sekolah persendirian Cina yang daif? Takda kot? Kenapa pembayar cukai nak kena topup?

5) Sabah dan Sarawak? Agak krik2 melainkan Pan Borneo yang bukan benda baru.
Komen awal menyentuh beberapa perkara yang pada hemat saya utama. Belum sempat benar2 mengamati dokumen dan pasti akan ada komentar dari pelbagai pemegang taruh dalam hari2 mendatang. Sama2 kita hayati supaya berpendirian berlandaskan fakta.


71870137_10162339624810430_159222013985030144_n.jpg

71826829_10162339624925430_4988618309738954752_n.jpg

72084983_10162339625160430_3778747140809949184_n.jpg

72794243_10162342338600430_3784933813566570496_n.jpg

71870137_10162339624810430_159222013985030144_n.jpg



 
Move On Malaysia
Sebentar tadi ·

BAJET 2020 DAN PERUMAHAN RAKYAT

Sejak sebulan yang lalu, antara posting yang kerap saya kongsikan ialah kesan lambakan rumah. Juga teguran terbuka terhadap sikap pemaju tamak dan kekecewaan dengan cara kerajaan menguruskan isu ini.

Sejak awal lagi saya memang sudah meramalkan isu lambakan rumah ini akan disentuh dalam pembentangan bajet 2020 kerana nilai lambakan rumah sudah melebihi RM100 billion.

Nilai sebesar ini tidak boleh disembunyikan di bawah tikar mengkuang. Apatah lagi jika angka sebesar bangkai gajah ini hanya mahu ditutup dengan sehelai daun pisang. Tentulah tidak mungkin. Ini isu negara.

Oleh itu,isu lambakan rumah ini perlu diselesaikan. Kerajaan sekurang kurangnya ada dua pilihan. Pertama, memilih untuk membantu pemaju dengan melonggarkan syarat bagi orang kaya membuat keuntungan berganda (termasuk oleh orang asing) dengan mengalakkan mereka membeli lambakan rumah.

Pilihan ini akan menyelamatkan para pemaju, yang sejak beberapa tahun lalu para ahli ekonomi dan pakar kajian hartanah telah memberi amaran supaya pemaju jangan terus bina rumah mewah kerana pasti akan berlaku lambakan. Tapi kerana tamak, pemaju terus membina rumah mewah.

Kedua, kerajaan boleh memilih untuk mengesa pemaju menurunkan harga rumah seminima yang boleh untuk dijual secara segera dan mendapatkan kembali modal pusingan mereka. Pilihan ini akan menyelamatkan pemaju dan pada masa yang sama membantu rakyat untuk memiliki rumah. Ini akan menjadi pengajaran kepada sifat tamak mereka.

Nampaknya dalam pembentangan bajet 2020, kerajaan memutuskan untuk memilih yang pertama apabila membenarkan orang asing membeli rumah. Ini juga bermaksud dalam isu lambakan rumah, kerajaan nampaknya lebih mesra kepada pemaju tamak berbanding mahu menjaga kebajikan rakyat terbanyak.

Nampaknya kerajaan tidak bersedia untuk 'mengajar' pemaju tamak supaya jangan tamak di masa depan. Sebaliknya kerajaan terus membantu pemaju tamak apabila bersedia melonggarkan syarat minima RM1 juta ke atas pemilikan rumah oleh orang asing kepada hanya RM600k ke atas sahaja

Kesan keputusan kerajaan ini sangat besar pada rakyat khususnya orang muda. Harga rumah pasti akan naik berkali ganda selepas ini sebab permintaan orang asing untuk membeli rumah 'harga runtuh' akan mula masuk ke negara ini dalam jumlah yang besar.

Bayangkan berapa sangat RM600k dalam dollar Singapura? Sekitar $198k sahaja (RM1=$0.33). Jika pembeli dari England, harga rumah RM600k baru sekitar £114k sahaja (RM1=£0.19). Tentulah ini pelaburan yang cukup menguntungkan mereka.

Kedua, rumah harga bawah RM600k pada masa depan akan semakin kurang penawarannya. Pemaju tamak ini pasti memilih untuk membina rumah RM600k ke atas. Apa logiknya dengan tanah yang mahal, mereka mahu membina rumah yang lebih murah dari RM600k?

Sedangkan rakyat pula majoritinya memerlukan rumah mampu milik yang lebih banyak. Tetapi penawaran rumah bawah RM600k pasti semakin berkurang.

Keputusan membenarkan orang asing membeli rumah RM600k ke atas tidak begitu menjadi isu pada rakyat yang sudah ada rumah.
Ini sebenarnya isu kehidupan orang muda. Mereka yang belum mempunyai rumah. Mereka yang baru bekerja. Tapi siapa pejuang mereka di kalangan pemimpin muda sekarang ?
Saya sudah tidak nampak sesiapa pun yang perjuangkan kesusahan hidup belia dan generasi muda sekarang. Baik dalam kepimpinan muda parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Atau mungkin saya yang sudah rabun barangkali.
Anuar Ahmad
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217546044415769?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217640495736993?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217648253930943?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217649173353928?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217656353613430?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217657133312922?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217657840050590?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217658063856185?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217692868686284?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217724861286079?sfns=mo
https://www.facebook.com/1016958629/posts/10217748216589947?sfns=mo


72378267_774698246310963_9080401251404873728_n.jpg


 
Selain sekolah cina dapat lebih. Peruntukan utk 1 orang cina bernama Jho Low pun meningkat. Guan Eng memang kejam pilih kasih.

3EBF8F98-2EC8-428F-AC79-77C7C3FB7D28.jpeg
 
Selain sekolah cina dapat lebih. Peruntukan utk 1 orang cina bernama Jho Low pun meningkat. Guan Eng memang kejam pilih kasih.

3EBF8F98-2EC8-428F-AC79-77C7C3FB7D28.jpeg

Salah Najib jugak percaya sangat pada Cina bernama Jho Low.
Sekarang Najib bakal meringkuk dalam jail, sementara Cina bernama Jho Low clubing di private Island somewhere.

Kesimpulannya, jangan jadi Najib, jadilah macam Jho Low. :ROFLMAO:
 
Najib razak

Dalam Bajet 2020 semalam, Guan Eng umumkan bahawa caj tol akan turun (bukan dimansuhkan seperti dijanji) setelah:

1. Kerajaan beli lebuhraya dari pihak swasta. Oleh itu, tol akan turun.
2. Kerajaan jual lebuhraya kepada pihak swasta. Oleh itu, tol akan turun.
Ya. Saya tak tipu atau buat lawak tentang isu ini.
Memang benar itu yang Guan Eng umumkan semalam.

𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝟭. Kerajaan sudah luluskan untuk membeli empat Lebuhraya dari syarikat Gamuda dengan syarikat swasta lain dengan harga RM6.2 bilion.
Dengan itu, caj tol akan dijenamakan kepada caj kesesakan dan Rakyat akan menikmati diskaun 30% kadar tol masa bukan puncak dan tol percuma pada waktu malam dari 11 malam hingga 5 pagi.
Kerajaan PH akan terbitkan bon pinjaman RM6.2 bilion untuk pembelian ini dan bayaran balik pinjaman akan dibiayai oleh kutipan caj kesesakan.
Pakar percaya bahawa kerajaan terlebih bayar RM2.82 bilion dan ini digelar mereka sebagai durian runtuh untuk Gamuda dan pemegang saham lebuhraya-lebuhraya itu.
Ramai penganalisis (termasuk saya) juga telah mengira cara pembiayaan ini dan memutuskan bahawa pinjaman RM6.2 bilion itu tidak mungkin dapat dilangsaikan sepenuhnya masa konsesi tol tamat.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156189347125952
Oleh itu, caj kesesakan ini akan dikutip untuk selama-lamanya selepas konsesi tol tamat (seperti apa yang Guan Eng pernah mengaku) ataupun kerajaan masa depan selepas PH tumbang perlu menggunakan duit kerajaan untuk melangsaikan hutang RM6.3 bilion ini apabila konsesi tol tamat.

𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝟮. Kerajaan akan menurunkan kadar tol untuk lebuhraya PLUS sebanyak 18% apabila mereka membuat keputusan tentang tawaran dari pihak swasta untuk membeli PLUS.
Selepas syarikat swasta membeli PLUS, mereka mampu mengurangkan kadar tol PLUS, kata Guan Eng.
Oleh itu, ramai sudah beratur:
7 Okt 2019: KWSP mungkin jual kepentingan PLUS jika dapat tawaran sesuai - CEO
7 Okt 2019: RRJ Capital dari Hong Kong nak beli PLUS
9 Okt 2019: Maju Group nak beli PLUS
10 Okt 2019: Widad Business Group (WBG) nak beli PLUS
Soalan saya ialah kenapa pulak kerajaan tak boleh kurangkan kadar tol PLUS.
Kenapa perlu bergantung kepada pihak swasta untuk membelinya sedangkan kerajaan serta KWSP yang memilik PLUS dengan sepenuhnya?
Kerajaan BN masa saya PM yang membeli PLUS dari tangan swasta pada tahun 2010 supaya PLUS menjadi milik penuh Kerajaan (51%) dan KWSP (49%).
Sekarang PH mahu jual balik kepada syarikat swasta pulak.

Jika syarikat swasta beli dari kerajaan dan KWSP dengan berjanji untuk mengurangkan tol, sudah tentu pendapatan masa depan mereka akan terjejas.
Adakah mereka akan membuat tawaran yang tinggi kepada kerajaan sedangkan pendapatan masa depan mereka terjejas?
Adakah pencarum KWSP turut menjadi mangsa apabila tawarannya rendah dan pendapatan jangka masa panjang dari PLUS akan lesap?
Sudah tentu bahawa syarikat swasta yang akhirnya berjaya membeli PLUS akan menanggung pinjaman yang besar untuk membiayai pembelian ini.
Dan jika syarikat swasta ini yang akhirnya berjaya membelinya dengan segala jaminan-jaminan kurangkan tol mengalami masalah kewangan pada masa depan akibat beban pinjaman yang besar itu, adakah kerajaan masa depan selepas PH tumbang akan membiarkan sahaja Lebuhraya PLUS untuk bankrap?
PH bukan kurang bijak.

Beli tinggi, jual murah. Berbilion-bilion bunyinya.

Barulah kroni-kroni dapat cari sesuap nasi untuk makan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan teks
 
Back
Top
Log in Register