BTC USD 84,993.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Lebihkan budget dalam teknologi pertanian, penternakan dan perikanan. Beri geran besar2an utk penyelidikan di universiti. Supaya akan dtg sumber makanan tidak lg brgantung pd import. Rakyat gaji kecik pn msh x brlapar.
 
SHAH ALAM - Bermula esok hingga 11 September ini, rakyat Malaysia berpeluang menyumbangkan idea dan cadangan mereka dalam penyediaan Belanjawan Negara 2020 yang bakal dibentangkan pada 11 Oktober 2019.

Masaalahnya nak ker dia dgr dan amek kira idea rakyat?Jgn main ckpjer.

wat cukup syarat je kot tu, haha...
 
belum bentang bajet, dah macam2 berita buruk dapat hahahahaha..


kot2 bajet 2020 dapat tebus balik dgn beri byk berita gembira.


gaji minima RM3K utk kelayakan SPM.
harga rumah turun 40%.
ptptn (pergh isu ni dah senyap hahaha. mungkin bajet kali ni dah serius. gaji bawah rm2k x perlu bayar)
 
turunkan umur pencen...56 tahun...utk beri peluang pada anak2 muda
 
Sejak bila pulak kerajaan belajar mendengar pendapat rakyat..
 
EGZiSHSU8AAcHHA

​
[2 HARI LAGI]

Nantikan #belanjawan2020 akan bersiaran secara langsung di TV1 dan facebook @RTM_Malaysia pada pukul 3.00 petang, 11 Oktober 2019. #myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile
 
484560.jpeg


484246.jpg


Wan Azhar Wan Yusoff
​
Belanjawan 2020: Ambil kira usaha perkasa TVET aras tinggi


KUANTAN - Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober ini perlu mengambil kira keperluan semasa sektor pendidikan termasuk peruntukan bagi memperkasa bidang pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) aras tinggi.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata, sokongan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan dan TVET agak konsisten apabila institusi-institusi yang mendominasi latihan kemahiran menerima sejumlah peruntukan untuk melatih calon pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya di peringkat sijil dan diploma.

Beliau berkata, menyedari keperluan kepada latihan kemahiran aras tinggi ini, kerajaan memperkenalkan dana-dana tertentu antaranya Dana Wibawa Pendidikan TVET dan Program Bootcamp berkaitan TVET untuk meningkatkan kompetensi belia.

“Walaupun sektor pendidikan menerima peruntukan besar RM 60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, namun peruntukan untuk pembangunan TVET terutamanya kepada jaringan universiti teknikal perlu diberi perhatian pada bajet kali ini.

“UMP sebahagian jaringan universiti teknikal di negara ini selain Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menawarkan program teknologi kejuruteraan bagi menyokong pembangunan TVET aras tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan itu diperlukan bagi menyokong agenda universiti dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan TVET aras tinggi dan juga menjalankan penyelidikan memenuhi keperluan industri.

“Sebagai sebuah universiti teknikal, UMP misalnya sentiasa memastikan program jaringan universiti- industri ditingkatkan dengan mengambil kira Program Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAIR) yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui geran padanan.

“UMP juga akan memastikan peranan kilang pengajaran (Teaching Factory) diperkasakan di samping menyediakan tenaga pengajar yang kompeten melalui program 'upskilling' dan 'reskilling' bagi membantu menjayakan agenda pendidikan TVET aras tinggi,” katanya.

Menurutnya, semua inisiatif yang strategik untuk memperkasakan TVET aras tinggi sedang diusahakan UMP dengan mengubahsuai landskap pendidikan demi untuk menyediakan graduan dengan tahap kebolehpasaran yang tinggi juga menjayakan agenda TVET Negara bagi menghasilkan belia bekerjaya.

“Justeru Belanjawan 2020 juga diharapkan dapat memperbanyakkan geran melatih bakal graduan dan menggalakkan pemindahan teknologi dari universiti kepada masyarakat menerusi sokongan dana industri dan aktiviti penyelidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...020-Ambil-kira-usaha-perkasa-TVET-aras-tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Back
Top
Log in Register