BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

RM 300 juta untuk lebih kurang 7000 sekolah kebangsaan.

RM 15 juta untuk lebih kurang 60 sekolah swasta cina.

betul ke pengiraaan nie? :unsure:

Budget untuk cina. Bukan untuk rakyat. Majoriti yg nak mcm tu kan?
 
Belanjawan 2020 ‘berpusatkan Malaya’, kata menteri Sarawak

October 12, 2019 8:15 AM

sim-kui-han.jpg

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian. (Gambar Bernama)

KUCHING: Seorang menteri Sarawak berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janjinya kepada rakyat Sarawak, menggambarkan Bajet 2020 sebagai “berpusatkan Malaya”.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dr Sim Kui Hian berkata Sabah dan Sarawak hanya menerima 17.1% daripada jumlah peruntukan RM56 bilion untuk pembangunan.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata Sabah menerima RM5.2 bilion manakala Sarawak menerima hanya RM4.4 bilion daripada Belanjawan 2020.

“Putrajaya, selama ini memperoleh RM660 bilion daripada minyak dan gas kami, sejak pembangunan Petronas pada 1974.”

Sim yang juga Adun Batu Kawa, berkata dalam Belanjawan 2020, Sabah dan Sarawak hanya menerima RM783 juta untuk membaiki sekolah yang usang.

“Sarawak mempunyai lebih 1,000 sekolah usang, bukan ratusan,” katanya, sambil menambah peruntukan yang disediakan kerajaan persekutuan tidak mencukupi.

Dalam Belanjawan 2017, beliau berkata kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak masing-masing selama dua tahun, tetapi kini kerajaan Sarawak perlu membayar hutang RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan terlebih dahulu untuk membaiki sekolah yang usang di negeri itu.

Beliau berkata rakyat Sarawak hanya mahukan peruntukan yang adil supaya mereka juga dapat menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik, dari segi kemudahan perubatan, sekolah dan jalan raya.

Selain itu, Sim berkata Sarawak juga kekurangan hospital dengan pakar dan jika ada pun, ia terletak sangat jauh dari kampung-kampung.

“Pesakit (dari kawasan luar bandar) perlu melakukan perjalanan yang jauh dan perlu membayar kos pengangkutan mereka sendiri.

“Mereka (kerajaan persekutuan) gagal menyediakan pembangunan yang diperlukan rakyat Sarawak dan sudah tiba masanya bagi mereka memberikan kami autonomi supaya kami dapat meneruskan tugas-tugas raksaksa yang diperlukan dengan segera.”

Jiran miskin

Sementara itu, Presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) Dominique Ng menyifatkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sarawak sebagai “kacang tanah” berbanding jumlah pendapatan yang banyak yang diperoleh daripada minyak dan gas negeri serta cukai.

“Sarawak sentiasa dianggap dan dilayan sebagai jiran miskin yang dijajah.

“Mahu tidak mahu sumber-sumber kami diambil dan kami hanya diberi sedikit pulangan walaupun mereka (kerajaan persekutuan) tahu betapa mundurnya pembangunan kami.

“Kami tidak pernah dilayan dengan betul dan tidak akan dilayan, sehingga kami memperoleh kemerdekaan kami. Biarkan rakyat Sarawak mengawal sumber kami sendiri dan kami tidak patut membiarkan Putrajaya menentukan berapa banyak wang diberikan kepada kami,” katanya kepada FMT.

Peruntukan meningkat

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya Baru Bian mengambil keputusan yang berbeza berhubung Belanjawan 2020, menyatakan jumlah peruntukan yang diterima Sarawak menunjukkan peningkatan berbanding dengan Belanjawan 2019.

“Saya percaya ia perlu dilakukan dalam kapasiti kerajaan hari ini.

“Paling penting, semua projek persekutuan akan dilaksanakan dengan baik kerana tidak ada gunanya kita mengisytiharkan sejumlah besar projek tetapi tidak ada satu pun yang dilaksanakan.

“Anda perlu munasabah dan, pada masa yang sama, bertanggungjawab terhadap Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bahkan, Baru berkata ia telah dibangkitkan di Kabinet Persekutuan bahawa setiap kementerian perlu memberi perhatian khusus kepada negeri Borneo dengan apa pun peruntukan yang diberikan kepada kementerian.

“Saya sangat gembira dengan peruntukan yang diberikan (kepada Sabah dan Sarawak),” katanya.

Beliau berkata kerajaan sekarang “mendengar” suara rakyat di Sabah dan Sarawak dan menyedari kekurangan pembangunan di negeri itu.

“(Belanjawan 2020) ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan bertanggungjawab dan ia terbukti apabila kita benar-benar memberi perhatian kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata beliau percaya terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam belanjawan, terutamanya dalam menangani ketidakseimbangan pembangunan wilayah di Malaysia dan untuk membantu Sarawak “mengejar” banyak aspek dan menikmati sepenuhnya Kemakmuran Bersama Wawasan 2030.

“Walaupun kami mengakui terdapatnya kekurangan pembangunan disebabkan oleh salah urus sejak 50 tahun lalu tidak dapat ditangani walaupun dalam beberapa tahun, lebih banyak peruntukan, terutamanya berkaitan dengan lebih banyak pembangunan di kawasan luar bandar, masih diperlukan.”

Yii juga berkata geran khas untuk Sabah dan Sarawak, di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan, tidak pernah dikaji semula sejak 1969 di bawah pentadbiran terdahulu.

“Kerajaan PH menggandakan geran khas itu kepada RM32 juta untuk 2020 dan akan meningkatkannya lagi kepada RM64 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk Sarawak.

“Saya akan tekankan peruntukan yang lebih tinggi di bawah Perlembagaan Khas Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai rundingan antara perdana menteri dan ketua menteri mengenai hak kami untuk minyak dan gas dan sumber semula jadi kami,” katanya.

Harga minyak naik tahun depan
Harga barang akan naik
Air naik
Cukai taksiran naik
Cukai online sale
Cukai pintu

Masakla...
 
Bagi je semua budget pendidikan kat Dong Zhong. Benda dah boleh agak.
Budget Dong Zhong bertambah setiap tahun. Ni pun kalau korang perasan.
 
Pemaju akan naik harga untuk tarik warga asing, kata persatuan

October 11, 2019 11:15 PM

FMT-rumah-untuk-di-jual.-28.02.2019-3.jpg

Warga asing akan dibolehkan membeli rumah bernilai RM600,000 mulai tahun depan.

PETALING JAYA: Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan langkah membolehkan warga asing membeli rumah bernilai RM600,000 bermula tahun depan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata keadaan itu akan menekan orang tempatan keluar daripada pasaran rumah.

Chang berkata ada kemungkinan warga Singapura berpusu-pusu ke Johor Bahru untuk membeli hartanah kerana harga di situ lebih murah berbanding dengan harga di republik itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan baru itu bagi mengurangkan lambakan pangsapuri tidak terjual, bernilai RM8.3 bilion pada suku kedua 2019. Ketika ini, warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai lebih daripada RM1 juta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata dia merancang untuk menganjurkan satu lagi kempen pemilikan rumah yang menyasarkan pembeli China dan Hong Kong.

Juruukur hartanah bertauliah, Ernest Cheong berkata had RM1 juta itu bertujuan untuk melindungi orang tempatan daripada persaingan dengan warga asing.

Beliau berkata pemaju sepatutnya diminta mengurangkan harga hartanah supaya lebih mampu dimiliki oleh orang tempatan.
Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata mereka membantah sekeras-kerasnya penurunan harga siling untuk warga asing.

“Keputusan yang tidak bijak oleh Pakatan Harapan. Mereka sepatutnya tumpu pada menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Selain itu, hal menetapkan harga siling rumah sepatutnya bawah bidang kuasa negeri-negeri. Kita tak tahu adakah kerajaan negeri akan ikut,” katanya.

Kan? Cadangan makan diri. Otak beku la siapa yg cadang
 
Mana butiran peruntukan RM15.6 bilion Kementerian Pertahanan, soal Hishammuddin

October 11, 2019 9:36 PM

Hishammuddin-Hussein-fmt-120519-1.jpg

Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein mahu kerajaan memperincikan RM15.6 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga bimbang kerana Putrajaya belum membentangkan kertas putih pertahanan.
“Saya tak bimbang dari segi jumlah, saya bimbang dari segi apa yang nak dibuat dengan jumlah itu.

“Menteri pertahanan kata tunggu kertas putih akan bentang pada 10 Jan, kemudian tunggu 29 Julai lepas. Bila sampai Ogos, kata kena tunggu persidangan Dewan (Rakyat).

“Sampai ke dewan kata Nov, hari ini tunggu lepas bajet. Jadi, saya nak cakap kepada menteri pertahanan bahawa pengganas, keselamatan negara tak tunggu kertas putih dia,” katanya di lobi Parlimen.

Pada 1 Okt lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilaporkan berkata kertas putih pertahanan yang merangkumi pelan 10 tahun untuk pertahanan negara kini di “peringkat akhir” dan akan dibentangkan pada awal Dis ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan Kementerian Pertahanan meningkat daripada RM13.9 bilion dalam Belanjawan 2019 kepada RM15.6 bilion untuk tahun depan.

Katanya, belanjawan itu memfokuskan penambahbaikan tahap kesiapsiagaan dan mobiliti Angkatan Tentera Malaysia, termasuk pemerolehan aset.

Back
Top
Log in Register