BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 1983 berkaitan Duti Import dan Cukai Jalan

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,919
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,919
Reaction score
7,416
Points
481
Dicadangkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan pada 22 Oktober 1982

Duti Import ke atas Kenderaan Persendirian

Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita mengimport banyak barang-barang mewah, yang tidak memberi sumbangan kepada keupayaan pengeluaran ekonomi. Misalnya, dalam tahun 1981 nilai kenderaan persendirian yang diimport berjumlah $800 juta, iaitu 12% lebih daripada jumlah bagi tahun 1980. Oleh itu, saya mencadangkan supaya dinaikkan duti import ke atas kereta-kereta
penumpang yang siap dipasang (CBU) bagi kegunaan persendirian dan bagi pertama kalinya mengenakan duti import ke atas kenderaan-kenderaan bermotor yang belum siap dipasang (CKD). Duti import ke atas kenderaan yang siap dipasang (CBU) bagi kegunaan persendirian akan dinaikkan iaitu:

Bagi kereta yang nilainya kurang dari $20,000, duti import dinaikkan dari 60% ke 90%;

Bagi tiap-tiap ringgit dalam lingkungan $5,000 berikutnya, duti import ialah 160%;

Bagi tiap-tiap ringgit dalam lingkungan $5,000 berikutnya, duti import ialah 135%;

Bagi tiap-tiap ringgit dalam lingkungan $5,000 berikutnya, duti import ialah 160%;

dan bagi nilai baki seterusnya , duti import ialah 200%.

Untuk kereta penumpang yang belum siap dipasang (CKD) saya mencadangkan supaya duti import dikenakan sebanyak 15%. Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan lebih banyak lagi bahan-bahan tempatan serta menggalakkan perusahaan penggantian import dalam industri kereta
motor. Kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk perniagaan tidak akan dikenakan duti ini.

Selain dari itu , saya mencadangkan supaya pengecualian penuh daripada duti eksais diberikan kepada kereta -kereta penumpang yang dipasang dalam negeri yang akan digunakan sebagai teksi.

Duti_Eksais_1983.png


Cukai Jalan

Kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaanyang besar untuk membina jalan-jalan baru dan untuk membaiki rangkaian jalan raya dan jambatan yang ada. Oleh itu, adalah wajar bagi penggunapengguna jalan raya membayar lebih banyak cukai untuk membantu kos penyelenggaraan jalan raya. Struktur cukai jalan patut dibaiki lagi supaya beban cukai dapat sama-sama ditanggung secara lebih adil lagi. Oleh itu, saya mencadangkan untuk menyemak semula kadar cukai jalan ke atas kereta persendirian.

Cadangan ini tidak dikenakan ke atas pemilik-pemilik kereta penumpang yang mempunyai keupayaan injin tidak melebihi 1,200 c.c. Kereta yang melebihi 1,200 c.c. akan dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi
antara 20 sen satu c.c. sehingga $3.60 satu c.c. bagi kereta yang melebihi 3,000 cc. Oleh itu, pemilik kereta yang mahal terutama dalam
kategori 3,000 c.c. kenalah membayar cukai jalan yang lebih banyak.

Dan pemilik kereta persendirian yang menggunakan minyak diesel akan membayar sebanyak lima kali ganda mengikut kadar baru ini. Bagaimanapun, perlulah saya tegaskan di sini , bahawa cadangan-cadangan ini tidak melibatkan bas, teksi, kereta sewa dan kenderaan perniagaan.

Cukai_Jalan_1983.png


Ucapan Penuh Belanjawan 1983:-
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-22101982.pdf
 
Last edited:
1983 ni dah tinggal sejarah.
Tapi yg memimpin masa kini masih tanak berbuat apa2 tentang nih. Malah dibagi pulak rakyat dgn gst. Ditarik pulak lagi sabsidi.
 
Menteri kewangan menerima arahan dari perdana menteri la kan
 
Bermula era rasuah secara besar2an to sampai sekarang era rasuah dah cecah bilioon n teillion. Tp masih lagi sokong. Pelik bin ajaib
 
Back
Top
Log in Register