BTC USD 81,243.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Perl

Tak perasan pulak TT, ko bukak thread ni. aku dah tinggal perl 2 tahun lepas tapi ada juga buat kerja guna perl.

Perl memang best, masa orang lain guna PHP aku suka guna perl sorang2... haha best sapa pun tak dapat hack.

Antara laman web aku yang guna Perl ni: http://www.xpodonline.com

Cantek.. good to know that :)
 
abg2 otai semua....

sy sbg yg ahli baru lagi nie....

mana tempat nak belajar coding ni dr awal???

maaf kl salah tempat bertanya....

tenQ!!!

Sebagai permulaan, carilah 1 buku asas Perl. Seperti "Perl for dummies", "Introduction to Perl" dll. Sebab u kena ada satu buku sebagai referance untuk basic/asas yang boleh you capai dengan cepat.

Then bila yang asas/basic dah faham, yang selebihnya tak susah. Kalau nak hafal/master semua part dalam Perl tu mungkin susah sikit dalam masa yang singkat. So terbaik ialah dengan lihat contoh2 program yang berlambak kat Internet, then amik dan cuba compile sendiri, untuk lihat hasilnya. Fahami betul2 codingnya. Dari situ kita boleh belajar sambil cuba sendiri. Itu lebih baik, sebab u learn through hands on. Lagi baik dari kita belajar theory sahaja.

:)
 
Perl ni nama language programming, boleh jadi macam2 jenis perl mcm contoh Perl Ruby, Perl PosgreSQL, Perl SH, Perl Java, dll.

Dalam web biasanya ada dua extension untuk perl iaitu .pl dan .cgi (digunakan sejak dari dulu) tapi sekarang ada banyak extension bergantung pada jenis perl yang digunakan.

Perl bukannya tak boleh dihack/exploit tapi kalau terbuka sedikit je hole dalam skrip ranap semua (biasanya dilakukan oleh newbie perl). Kalau nak guna perl, kena buat betul2, tutup semua lubang dalam kod untuk elak orang boleh masuk sebarang expression yang tidak dikehendaki.

thx bro banyak gak aku belajar dari otai2 sini
 
hmmm aku ni satu pun x paham...terangkan laaa TT

Ooo itu nama libraries yang mungkin sesuai dengan apa yang anda mahukan. Saya pun tak pernah guna linraries tu. So kalau nak tahu kena test baca manual dia baru faham ok atau tidak.

Kalau you dah faham Perl then u boleh explore manual dia dan lihat samaada ia boleh membantu dalam kerja yang anda nak kan..

Tapi kalau belum lagi, so setakat ni apa yang boleh saya katakan ialah dalam Perl, untuk menyelesaikan sesuatu masaalah pertama sekali apa yang saya buat ialah cari libraries yang paling hampir boleh membantu. Then langkah kedua explore libraries tersebut dengan membaca manual dan lihat sama ada ia memenuhi kehendak, Then langkah seterusnya barulah buat test script dengan libraries tersebut untuk lihat hasilnya.

One good thing about Perl ialah, banyak task yang kita nak buat, selalunya librariesnya sudah ada, so tak perlulah kita crack our head untuk bina solution from scratch. :)

PS: Libraries2 Perl kita boleh cari dalam search.CPAN.org
 
Last edited:
akan mula membaca dr 1st post.. subscribe dlu.. mlm ni de keje lak... thx tt..
 
OK now seperti yang saya beritahu dalam post yang lepas, cara terbaik untuk kita mulakan pembelajaran dalam thread ini ialah, dengan menggunakan sample coding then kita explore more detail.

OK hari ni saya akan tunjukkan satu simple script dimana anda boleh gunakan untuk pergi kesesuatu website dan lihat apa isikandungan website tersebut dalam bentuk text. Kemudian di lain post kita explore lagi apa boleh kita buat dengan script ni.

Now buka notepad dan taipkan ini:
use LWP::UserAgent;

$ua = LWP::UserAgent->new;
$req = HTTP::Request->new(GET,'http://articledirectory.com/');
$res = $ua->request($req);
$content = $res->as_string;

print $content;
Save sebagai test.pl

Then pergi ke command prompt dan pergi ke folder dimana anda simpan file test.pl dan taipkan ini:
perl test.pl

Ia akan memaparkan keseluruhan content page http://articledirectory.com/

Selamat mencuba... :)
 
Amaran aku, se-eloknya guna Wordpad untuk tulis skrip, jangan guna notepad. Nanti bila upload skrip dalam server anda akan dapat Error 500. Dan lagi satu, kalau upload skrip ke server pastikan upload dalam format ASCII dan bukan BINARY. sekian.
 
Back
Top
Log in Register