Kenapa C++?
Saya masa mula-mula belajar programming dulu, diperkenalkan dengan Pascal.
Kemudian diajar C dan apabila C++ popular kami beralih kepada C++.
Kebanyakan pelajar sekarang ni bermula dengan Python kerana syntax (tatabahasa) Python lebih senang berbanding dengan C++.
Silibus KSSR kat sekolah, Asas Sains Komputer Tingkatan 1 pula memperkenalkan programming kepada pelajar dengan gunakan
MIT Scratch.
Pelajar di peringkat universiti bermula dengan C++ atau Java.
Kita ada beratus-ratus bahasa programming.
Tapi kenapa saya pilih C++?
Sebab utama saya pilih C++ kerana:
1. Secara peribadi, saya lebih suka C++ berbanding bahasa lain.
2. C++ antara bahasa yang sesuai digunakan untuk pelajar yang baru belajar programming.
3. Syntax C++ agak susah berbanding yang lain. Jadi jika pelajar dah biasa dengan syntax program yang susah macam C++, pelajar tu takde masalah bila beralih kepada program lain yang syntaxnya lebih mudah.
4. C++ dah menjadi subjek wajib lulus (sesetengahnya lulus dengan kredit) bagi pelajar matrikulasi dan juga pelbagai bidang di peringkat universiti.
5. C++ digunakan oleh majoriti pertandingan programming di dunia.
Pelajar sekolah atau diploma (umur < 20) yang berminat dengan pertandingan programming boleh join
Malaysian Computing Challenge yang diadakan setiap tahun.
Website: ioimalaysia.org untuk maklumat lanjut.
Pelajar universiti yang berkebolehan dalam programming boleh mewakili universiti masing-masing dalam ACM-ICPC.
Kebiasaannya.. fakulti yang incharge dalam ACM-ICPC ni adalah fakulti sains komputer atau fakulti matematik.
Jika berminat, boleh tanya pensyarah programming di universiti masing-masing tentang ACM-ICPC.
Selain tu, ada banyak lagi pertandingan programming lain kat seluruh dunia macam:
-
Codeforces
-
Croatian Open Competition in Informatics
-
USA Computing Olympiad
-
Google Code Jam
-
Facebook Hacker Cup
Biasanya Google dan Facebook akan rekrut orang yang berpotensi daripada pertandingan programming untuk buat internship dengan syarikat diorang.
=====================================
Selepas belajar asas C++, nak pergi mana?
Minat dengan pertandingan programming?
- boleh mula dengan buat latihan di
Codeforces
- lepas tu boleh masuk pertandingan-pertandingan lain terutamanya
Malaysian Computing Challenge atau ACM-ICPC
Nak buat mobile apps (android)?
- belajar
MIT App Inventor 2
- buka youtube > masuk channel MIT App Inventor > Playlists >
App Inventor Hour of Code untuk tutorial asas
- lepas mahir yang asas boleh tengok tutorial-tutorial daripada channel lain
Nak design website?
- belajar bahasa HTML, CSS, JavaScript/VBScript
Nak buat sistem online?
- belajar bahasa php-mySQL, atau ASP-Access
- saya rekemen php-mySQL sebab softwarenya percuma
Suka mencipta alat-alat baru?
- belajar Arduino kalau nak cipta interactive electronic object
- contohnya macam nak cipta lampu depan rumah yang terpasang sendiri bila ada orang melintas depan pagar
- kena beli hardware tambahan seperti sensor dan sebagainya bergantung kepada alat yang kita nak cipta
- dah siap cipta jangan lupa masuk pertandingan inovasi seperti
i-Envex (pertandingan satu platform mudah untuk kita kukuhkan jenama produk yang kita cipta)