BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Tutorial] Mari Sama-Sama Belajar Joomla 2.5 & 3.0

citymall

Active+ Member
Messages
4,294
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,294
Reaction score
481
Points
41
Apa Itu Joomla?

Joomla is an award-winning content management system (CMS), which enables you to build Web sites and powerful online applications. Many aspects, including its ease-of-use and extensibility, have made Joomla the most popular Web site software available. Best of all, Joomla is an open source solution that is freely available to everyone.
Laman web rasmi Joomla! : http://www.joomla.org

Perbincangan kali ini adalah bagaimana install Joomla 2.5 di dalam localhost dan menguruskan laman web Joomla! sebelum dipindahkan ke web server/web hosting. Kita bincang yang asas dulu.

Bagaimana Nak Mula?
1) Jadikan PC anda sebagai local server atau localhost. (guna windows 7, browser Chrome)
Download dan install WampServer di;
http://sourceforge.net/projects/wam...Wampserver 2.4/Wampserver2.4-x86.exe/download

2) Download dan install Joomla! 2.5.17 di;
http://joomlacode.org/gf/download/frsrelease/19009/134342/Joomla_2.5.17-Stable-Full_Package.zip

2.1) Setelah selesai download zip file Joomla!, extract zip file tersebut dan namakan folder Joomla_2.5.17-Stable-Full_Package_2 kepada 'joomla'.

2.2) Copy folder joomla ke dalam folder c:\wamp\www\.
path untuk joomla adalah c:\wamp\www\joomla

(folder c:\wamp\www\ akan wujud setelah anda install wampserver)

2.3) Aktifkan wampserver - ikon wampserver berwarna hijau.
Klik Start > All Programs > WampServer > Start WampServer
ikon wampserver berwarna hijau di status bar/system tray.

Memulakan Pemasangan

1) Buka web browser (saya guna google chrome) dan taip;
http://localhost/joomla <enter>

Step 1: Choose language > English > Next
Step 2: Pre-Installation Check > Next
Step 3: GNU General Public License > Next
Step 4: Database Configuration

Membuat database menggunakan phpmyadmin
> buka tab baru dan taip;
http://localhost/phpmyadmin/ <enter>
> klik GO
> Klik User > Add user
> Dalam login information isikan maklumat database yang diperlukan;
- User name: adminjoo
- Host: localhost
- Password: 12345678
-
Di bawah Database for user;
- pilih Create database with same name and grant all privileges
- Global privileges: Klik Check All
- Go
- Selesai database

Step 4: Connection Settings
- Database Type: Mysqli
- Host name: localhost
- Username: adminjoo
- Password: 12345678
- Database Name: adminjoo
- Table Prefix: hngok_ (atau ikut default)
Next

Step 5: FTP Configuration
- Next to Skip

Step 6: Main Configuration
> Basic setting: masukkan maklumat yang sesuai.
> Sample Data set: Default English (GB) Sample Data
> Klik install sample data.
> Next
> Delete installation folder. (c:\wamp\www\joomla\installation
> SELESAI install Joomla!.

Buka laman web joomla: http://localhost/joomla/
cg1joomla.jpg


Buka admin panel untuk urus laman web Joomla!
http://localhost/joomla/administrator/
cg1joomla1.jpg

Masukkan username dan password dengan betul

Bagaimana Cara Guna Joomla!
Mengikut pengalaman saya sejak 'bermain' dengan Joomla! perkara penting
yang perlu difahami ialah 'Template Position'. Ini perlu untuk susunatur
module2 penting seperti main menu, slideshow, sub-menu, category dll.

Ada sesetengah webmaster akan memilih dan memasang template/theme Joomla
yang sesuai dengan cita rasa sendiri atau atas permintaan pelanggan.

Apa Itu Template Position?

Untuk menjelaskan lagi apa itu template position, anda perlu login ke admin panel.

http://localhost/joomla/administrator

cg1joomla2.jpg

1) Klik Extensions
2) Klik Template Manager > Klik Options
3) Template Manager Options: Global Configuration for Templates
- Preview Module Positions: Enable.
- Klik Save & Close.

Untuk melihat position, buka laman web joomla;
http://localhost/joomla/?tp=1 <enter>
Anda akan lihat nama2 position pada bahagian atas, kiri kanan dan bawah seperti position-1 dll.

Untuk menghilangkan nama2 position;
http://localhost/joomla/?tp=0 <enter>

Ada juga sesetengah template menggunakan nama position dengan nama top, bottom, left dan right.



BERSAMBUNG
 
Last edited:
Silakan.... ada masalah sila kemukakan di sini.
 
Bagus kalau kita buat latihan sendiri dengan install wampserver dan joomla di dalam komputer sendiri sambil ikut tutorial di sini. Lebih berkesan. Terima kasih
 
boleh bagitahu apa kelebihan joomla?

maksudnya zaman dulu2 joomla takde, tapi sekarang joomla dah ada.

apa kemudahan yang user boleh dapat dari kelahiran joomla ni?

ps:minta maaf, sy newbie sangat, sy cuma nak TT jelaskan tentang ni supaya sy boleh belajar lebih dalam.
 
Soalan nie bagus dan biasanya bermain di dalam kepala mereka yang mula berjinak dengan Joomla!.

maksudnya zaman dulu2 joomla takde, tapi sekarang joomla dah ada.
Memang betul. Saya mula berjinak dengan laman web sejak tahun 1995. Pada masa tu kita guna text editor untuk buat laman web. Bukan main susah kalau nak pinda menu kalau page bertambah. Semua page kita kena edit. Pada masa tu bukan senang nak buat laman web yang cantik dan seragam. Dengan kata lain serba susah, hingga sekarang laman web tak siap2.

Dengan munculnya Joomla versi 1.0 sekitar 2005, nak buat laman web lebih mudah dan seronok. Sebelum tu kita guna mambo. Saya suka Joomla! kerana ia disokong oleh komuniti Joomla! yang begitu ramai dengan menyediakan extension Joomla! secara percuma. Lebih kurang sama macam WordPress dan Drupal jugak.

http://extensions.joomla.org/

Dan yang paling penting kita boleh buat template Joomla sendiri dengan mudah atau boleh beli template yang cantik2 di internet.
 
saya stuck kat sini

2.3) Aktifkan wampserver - ikon wampserver berwarna hijau.
Klik Start > All Programs > WampServer > Start WampServer
ikon wampserver berwarna hijau di status bar/system tray.

sy windows 8, si tak bleh klik start. and icon kat destop warna pink bukan hijau. boleh jelaskan?
 
Kalau boleh buat printscreen... senang sy nak agak.

Biasanya ada kemungkinan kalau tak boleh start (warna oren/atau merah) ada service lain yang guna port :80
Samada tukar ke port 8080 atau disable port 80 untuk service lain. Ada guna skype ker?

Test port 80
Klik ikon wampserver (kuning atau merah)
Apache > Service > Test port 80
Tengok program apa yang sedang guna.


Info: saya tak pernah install joomla dalam windows 8
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register