BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Tutorial] Mari Sama-Sama Belajar Joomla 2.5 & 3.0

Menukar Template Joomla!

ni kne online ke kalu offline bole x?
Kalau install dalam localhost tak perlu online.


joomla ni mudah kena hack tak ?
Kemungkinan kena hack tu ada, tetapi dengan mengambil langkah2 keselamatan tertentu, agak sukar untuk melakukan pencerobohan ke atas laman web Joomla. Perkara nie akan dibincang kemudian.

Menukar Template Joomla!
Contoh template:
templatepr.png


Download contoh template di: http://adminzon.com/download/cg002a.zip

Cara Install Template
1) Setelah selesai download, extract file cg002a.zip
2) Copy semua fail yang ada dalam folder cg002a ke dalam folder c:\wamp\www\joomla\tmp
***
3) Login ke admin panel [ http://localhost/joomla/administrator/
4) Extensions > Extension Manager
5) Install from Directory: C:\wamp\www\joomla/tmp > Install

Tukar Template
1) Extensions > Template Manager
2) Tick cg002a (default) > kemudian klik butang default (icon oren sebelah atas kanan)
cdtemp002a.jpg


Buka laman web : http://localhost/joomla untuk melihat perubahan.

Template position untuk template cg002a
cgtp1.jpg


OK.
 
Last edited:
Menukar Template Joomla!

Meletak Top Menu Pada Template Baru

Di dalam admin panel (backend);
1) Klik Extensions > Module Manager.
2) Klik Top untuk edit.
zcgtemp002.jpg


3) Position: tukar ke user3
4) Module Assignment: On All Pages.
5) Pada bahagian Basic Options > Show Sub-menu Items > Yes
6) Save
7) Refresh laman web

Meletak Nama WebSite Di Header
Di dalam admin panel (backend);
1) Klik Extensions > Template Manager
2) Klik template cg002a - Default
3) Pada bahagian Basic Options:
Headline: Taip nama laman web/nama syarikat
Slogan: Taip slogan laman web yang sesuai
4) Save > Close & refresh laman web

zcgtemfkf.jpg


Meletak Main Menu Di Posisi Left
Di dalam admin panel (backend);
1) Klik Extensions > Module Manager
2) Module Manager: Module Menu
> Position: pilih Left

Module Assignment,
> On all pages

Advanced Options,
> Module Class Suffix: taip arto-vmenu <-- khas untuk template ini sahaja.
> Save & Close.
> Refresh laman web.

zcgtemziz.jpg


Meletak Module Who's Online Di Posisi Right
Di dalam admin panel (backend);
1) Klik Extensions > Module Manager
2) Klik Who's online
3) Module Manager: Module Who's Online
4) Position: right

Module Assignment: On all pages

5) Save & Close

zcgtemjtj.jpg


MASALAH
Mengapa module2 yang saya letak di left atau right tidak muncul di laman web?
> Pastikan Status modul adalah Published
> Module Assignment: Samada on all pages atau selected pages.
zcgtemvyv.jpg


LATIHAN

Cuba letak module Login Form di posisi Left di bawah Main Menu;
zcgtemqcq.jpg
 
Last edited:
tumpang tanye tt.. dah ikot step.. tapi sampai step database tue lepas letak sume detail... tekan next... die loading dari mlm tadi sampai skarang... hahaha... any idea?
 
tumpang tanye tt.. dah ikot step.. tapi sampai step database tue lepas letak sume detail... tekan next... die loading dari mlm tadi sampai skarang... hahaha... any idea?

Masalah sebegini saya sendiri pernah alami. Nak beri solution secara spesifik kita tidak tahu puncanya. Apa yang saya buat ialah;

Restart komputer dan aktifkan wampserver
1) Copy semua fail joomla yang kita download ke dalam folder baru.
2) Buat database baru.
3) Cuba install semula.

Jika dia berpusing semasa proses finish seperti gambar
anda boleh delete terus folder installation.

joomlaprob.gif


*********************************

Mengurus Isi Kandungan (Content)
Sebelum tu kita pinda dulu Text Editor (TinyMCE)

1) Login ke admin panel
2) Klik Extensions > Plug-in Manager
3) Plug-in Manager: Editor - TinyMCE
4) Basic Options > Functionality > Extended > Save & Close
zcgmce1.gif

TinyMCE - Extended

Edit Artikel Di Muka Hadapan
1) Login ke admin panel
2) Klik Content > Article Manager
3) Article Manager: Articles: Klik Title, Joomla!
4) Title > tukar ke title lain. [Selamat Datang]
5) Di ruangan text editor, taip ayat anda sendiri.
6) Save & Close.
Contoh:
zcgmce2.gif


Susunatur Artikel

Menyusun Artikel Dalam 1 Column seperti contoh di bawah;
cgtp1.gif


Artikel & Imej

Cara2 meletak imej dalam artikel.
1) Buat folder untuk simpan imej.
- Buka folder image yang asal
- Buat satu folder (myimages) di dalam folder images sediada.
[ c:\wamp\www\joomla\images\myimages\ ]

> Login ke admin panel
- Content > Media Manager
- Upload fail2 imej ke dalam folder myimages

Insert Images.
Di sini ada 2 pilihan samada upload imej terlebih dahulu dan simpan dalam folder joomla atau upload imej kemudian iaitu semasa kita nak edit artikel. Walau apa pun, kita hendaklah membuat folder supaya senang untuk urus imej. Contoh, jika kita buat laman web berkenaan dengan dunia Komputer & IT, kita sepatutnya mengasingkan imej dalam beberapa folder yang berlainan supaya senang untuk mencari imej yang sesuai dengan artikel.

- Buat satu folder kadvga di dalam folder myimages
- Upload/copy imej kad vga dalam folder kadvga.
[ c:\wamp\www\joomla\images\myimages\kadvga ]

Buat 1 artikel baru:

> Content > Article Manager: Add New Article
- Title: Nama kad vga
- Category: uncategorised
- Featured: Yes <-- letak artikel di muka hadapan laman web.
- Article Text: taip spesifikasi kad
- Klik image button
1article1.gif


- Insert imej kad vga di bahagian atas artikel.
- Klik Save.
- Refresh laman web.
1front2.jpg
 
Last edited:
Module - FrontPage Slide Show

Module - FrontPage Slide Show

Di bahagian ini kita akan bincang berkenaan dengan bagaimana kita boleh menambah elemen2 tertentu ke dalam laman web kita supaya lebih menarik dan bermaklumat. Selepas ini kita akan bincang bagaimana menambah module - frontpage slideshow spt contoh dalam video di bawah;

http://www.youtube.com/watch?v=5ThUdyyvdKo

Extension Untuk Joomla
Di sini terdapat banyak extension joomla yang boleh kita download secara percuma;
http://extensions.joomla.org/

Memahami kriteria extension;

jooext1.jpg


Sebagai contoh, extension Spider Audio Player mempunyai kriteria;
1) Ia adalah extension component, module dan juga plugin
2) Ia adalah boleh dipasang dalam Joomla! 2.5 atau 3.0
3) Ia adalah extension commercial (bukan percuma)

jooext2.jpg


Extension DJ-ImageSlider mempunyai kriteria;
1) Ia adalah extension component, module. Tiada plugin
2) Ia adalah boleh dipasang dalam Joomla! 2.5 atau 3.0
3) Ia adalah extension non-commercial (FREE)
 
Last edited:
sy pernah buat blog guna blogger.com dulu2.

adakah joomla ni sama macam blogger.com? cuma yang ni untuk domain dot com.

kalau blogger.com kene jadi domain blogspot.com

betul tak apa yang sy cakap ni cikgu?

tolong jelaskan.
 
1) Buka web browser (saya guna google chrome) dan taip;
http://localhost/joomla <enter>

Step 1: Choose language > English > Next
Step 2: Pre-Installation Check > Next
Step 3: GNU General Public License > Next
Step 4: Database Configuration
BERSAMBUNG

Saya sangkut kat http://localhost/joomla....

Katanya,

The Page could not be found. Give it another chance below.

Kali kedua try, keluar pulak nie...

The requested URL /joomla was not found on this server.
 
sy pernah buat blog guna blogger.com dulu2.

adakah joomla ni sama macam blogger.com? cuma yang ni untuk domain dot com.

kalau blogger.com kene jadi domain blogspot.com

betul tak apa yang sy cakap ni cikgu?

tolong jelaskan.

Joomla nie memang tak sama dengan dengan blogspot.com
atau penyedia blog yang lain seperti blogger.com atau wordpress.com
Kalau kita nak buat blog guna blogspot.com, kita tidak perlu fikir
nak sewa web hosting samada free atau berbayar dan kita tidak perlu
fikir first level domain name apa yang kita nak guna.

Jika anda ingin bina laman web dengan menggunakan CMS Joomla!
yang anda boleh control sendiri anda perlu menyewa webhosting dan domain anda sendiri.
Biasanya laman web jabatan kerajaan, swasta
atau organisasi tidak menggunakan perkhidmatan blog kerana tidak
sesuai dengan polisi mereka dan nampak tidak profesional.

Dengan Joomla anda boleh menambah beberapa extension seperti
forum, shopping cart, komuniti, malah blog anda sendiri yang mana
ciri2 ini tidak terdapat dalam blog. Dengan kata lain;

1) Anda guna blog kerana anda nak yang percuma.
2) Kalau anda nak cerita aktiviti anda dan keluarga anda sendiri
sehari-hari maka sesuailah guna blog.
3) Kalau anda tak kisah dengan beberapa sekatan atau had yang di
kenakan pihak blog, maka blog adalah sesuai untuk anda.

Tetapi jika

1) Anda nak bina laman web secara serius, Aplikasi CMS seperti Joomla adalah sesuai untuk anda.
2) Jika anda ingin bina laman web jabatan kerajaan, swata atau organisasi, maka Joomla sesuai untuk anda.
3) Jika anda ada bajet lebih (<RM200.00) sewalah mana2 webhosting untuk membangunkan laman web, samada menggunakan Joomla
atau aplikasi lain yang telah disediakan.

Terima kasih

************************

Originally Posted by Hafyz1984
Saya sangkut kat http://localhost/joomla....

Katanya,

Quote:
The Page could not be found. Give it another chance below.
Kali kedua try, keluar pulak nie...

Quote:
The requested URL /joomla was not found on this server.

Checklist sebelum install Joomla!
1) Seperti biasa pastikan wampserver telah ON (ikon hijau)
2) Pastikan folder joomla wujud dalam folder www
c:\wamp\www\joomla
3) Blia kita buka http://localhost, kita akan lihat beberapa folder seperti berikut
salah satunya folder joomla.
projek.gif


4) Pastikan dalam folder joomla ada folder/fail joomla
yang akan kita gunakan untuk install

projek1.gif


Cuba lagi. Kalau ikut betul2 step di atas, insyaAllah boleh.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register