Teknik kangun nie dah 3 tahun aku pelajari mungkin ramai lagi cuba untuk memahami secara lebih terperinci bagaimana fungsi teknik kangun beroperasi dan kepenggunaannya.
tiba tiba tergerak dalam hati untuk menjelaskan fungsi sebenar dan kepenggunaan teknik kangun. Hakikatnya saya tidak lagi menggunakan teknik ini kemungkinan tidak secocok dengan jiwa saya. Tapi kadangkala saya ada menggunakan untuk mengetahui perjalanan sesuatu market ..penamatan trend...atau sebaliknya.
Teknik kangun ini melibatkan 2 indicator bagi saya mempunyai peranan besar terutama dalam bidang forex mahupun dalam apa jua perniagaan yang melibatkan perniagaan trend menaik dan menurun. Huraian saya ini tidak bersesuaian untuk mereka yang bertitle masta sebab penulisan saya ini lebih kepada huraian untuk newbee atau untuk mereka cuba menyingkap rahsia disebalik bollinger band & moving average. Saya ada melihat postingan rakan rakan yang konfius apabila masuk pertengahan ilmiah ini ...benar kena baca ratusan kali...saya pun baca ratusan kali...kali pertama saya baca akhir tahun 2010. Walaubagimanapun penerangan ringkasan saya ini semoga dapat membantu rakan rakan memahami teknik kanggun dan kepada mereka yang konpius itu saya ambil sedikit anjakan bagi mengurangkan bebanan dalam minda terutama untuk memahami teknik ini.
Semoga ilmiah yang saya terangkan ini dapat dibantu oleh senior senior yang mahir dengan teknik kangun ini. Mari kita mulakan pelajaran ekspress kita malam nie.
Teknik kangun ini melibatkan 2 indicator yang bekerjsama antara satu sama lain ianya melibatkan indikator 1.bollinger band 2. Moving average.
Pening aku lihat banyak benang benang berpusing...hehe....itu la rahsia sedikit yang membuatkan kita konpius untuk membaca postingan rakan rakan kita.
Kita kenali dahulu bollinger band:-
bollinger band ini secara default nya ada 4 perkara penting. Ok ok...kita paham dulu fungsi dia...fungsi kalau digoogle mmg pelbagai jenis fungsinya padahal dari segi nama dia satu aje bollinger band...tapi dengan menggunakan bollinger band (bb) dalam teknik kangun ini kita dapat jadikan bb ini sebagai batas iaitu pergerakan harga yang melibatkan turun naik sesuatu pergerakan harga. Pergerakan harga ini melibatkan 2 perkara terutama dalam forex turun dan naik dan satu lagi yang kita lupa sideway merata/ flat. So ada 3 perkara 1. Naik 2.turun 3.flat.
Kalau kita perhatikan bb bila harga mencapai tahap tinggi dikatakan harga menyentuh batasan tinggi atau upper bb kemungkianan harga akan turun ...yang turun juga sama la definisi nya.lebih sinonim kembang dan mengecut.
Apa ada dalam bb (setting bb)
1. Period
2.deviation
3.shift
4.apply to
ok kita masuk dalam pemahaman period setting bb, nilai apa yang sesuai untuk dimasukkan...apa saja sih....kalau ikut suka tetap ada nilainya...disinilah rahsia tersembunyi juga period ini adalah gabungan nilai moving average untuk menghasilakn batasan atau benang benang yang mengelirukan.berjajaran pergerakan bersama moving averaga (middle line )
deviation digunakan sebagai batasan bagi setiap pergerakan harga lazimnya deviation ini ada tahap paling tinggi sesuai diguna pakai ada sampai nilaian 3. Setiap deviation ini ada percentage nya...ada cara cara kiraannya. Lazimnya dalam teknik kangun 3 itu dah kira maxima.
Shift dalam teknik kangun kita abaikan. Shift nie lebih untuk position line.seeloknya jangan disentuh.
Apply to elok permulaan untuk mengenali fungsinya sudah cukup kita gunakan close. Hanya ada sedikit perbezaan.
Moving average kalau ikut bahasa kita purata gerakan harian. Line line ini digunakan mewakili pergerakan harga harga minit,harian,4 jam,8 jam,seminggu mahupun sebulan.
Kepuasan dalam teknik kangun ini kita boleh menentukan jenis trade apa yang kita nak gunakan pakai. Adakah pemilihan kita dalam scalping atau swing.
Dalam moving average ada 4 perkara juga iaitu period ,shift, ma method , apply to.
Period ini adalah nilaian number untuk rata rata kiraaan purata bagi 1,5,30 minit, 1 jam ,4 jam, 8 jam, harian, mingguan , mahupun bulanan,bagaimana mana kiraan ini ditentukan??

nanti saya terangkan.
Shift kita abaikan sebab tidak perlu diusik iainya lebih kepada position line sepuaya lebih center , left atau right begitu.
Ma method kita membuat pilihan simple. Sesuai katakan untuk newbee.
Apply to kita just pilih close. Masing masing ada fungsinya just la buat modification nanti lebih jelas ya rakan rakan.:d
mari saya bantu rakan rakan sedikit cara untuk memahaminya selebihnya bergantung pada rakan rakan
1. Dalam mt4 kita pilihan 1h market. 1 jam arah market yang lepas berapakah sma bagi moving average?? ( simple moving averga)
ianya ada kiraan. Cuma saya lebuh senang jelaskan secara menyeluruh.
1 jam kiraan purata jam sebelum ini = 1 sma
2 jam kiraaan purata jam sebelumnya = 2sma
1 hari kiraan purata jam sebelum ini = 24 sma
1 minggu kiraaan purata minggu sebelum ini = 120
1 bulan kiraan purata satu bulan sebelum ini = 480
ok dah nampak fungsinya?? Bagaimana untuk kita mengadaptasikan bollinger band dan moving average?
Cuba selidik dahulu:d