BTC USD 83,330.9 Gold USD 4,177.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Menganalisa Chart ala KG

mt4 broker lain2 chart nyer kan... relevan tak teknik ni
 
mt4 broker lain2 chart nyer kan... relevan tak teknik ni

nengok abam neo n the geng cop duit sakan jerk dalam group skype...tk releven tk kan dia dok cop duit..cuma sukar sedikit tuk memahami kena amek masa
 
Teknik kangun nie dah 3 tahun aku pelajari mungkin ramai lagi cuba untuk memahami secara lebih terperinci bagaimana fungsi teknik kangun beroperasi dan kepenggunaannya.

tiba tiba tergerak dalam hati untuk menjelaskan fungsi sebenar dan kepenggunaan teknik kangun. Hakikatnya saya tidak lagi menggunakan teknik ini kemungkinan tidak secocok dengan jiwa saya. Tapi kadangkala saya ada menggunakan untuk mengetahui perjalanan sesuatu market ..penamatan trend...atau sebaliknya.

Teknik kangun ini melibatkan 2 indicator bagi saya mempunyai peranan besar terutama dalam bidang forex mahupun dalam apa jua perniagaan yang melibatkan perniagaan trend menaik dan menurun. Huraian saya ini tidak bersesuaian untuk mereka yang bertitle masta sebab penulisan saya ini lebih kepada huraian untuk newbee atau untuk mereka cuba menyingkap rahsia disebalik bollinger band & moving average. Saya ada melihat postingan rakan rakan yang konfius apabila masuk pertengahan ilmiah ini ...benar kena baca ratusan kali...saya pun baca ratusan kali...kali pertama saya baca akhir tahun 2010. Walaubagimanapun penerangan ringkasan saya ini semoga dapat membantu rakan rakan memahami teknik kanggun dan kepada mereka yang konpius itu saya ambil sedikit anjakan bagi mengurangkan bebanan dalam minda terutama untuk memahami teknik ini.

Semoga ilmiah yang saya terangkan ini dapat dibantu oleh senior senior yang mahir dengan teknik kangun ini. Mari kita mulakan pelajaran ekspress kita malam nie.

Teknik kangun ini melibatkan 2 indicator yang bekerjsama antara satu sama lain ianya melibatkan indikator 1.bollinger band 2. Moving average.

Pening aku lihat banyak benang benang berpusing...hehe....itu la rahsia sedikit yang membuatkan kita konpius untuk membaca postingan rakan rakan kita.

Kita kenali dahulu bollinger band:-

bollinger band ini secara default nya ada 4 perkara penting. Ok ok...kita paham dulu fungsi dia...fungsi kalau digoogle mmg pelbagai jenis fungsinya padahal dari segi nama dia satu aje bollinger band...tapi dengan menggunakan bollinger band (bb) dalam teknik kangun ini kita dapat jadikan bb ini sebagai batas iaitu pergerakan harga yang melibatkan turun naik sesuatu pergerakan harga. Pergerakan harga ini melibatkan 2 perkara terutama dalam forex turun dan naik dan satu lagi yang kita lupa sideway merata/ flat. So ada 3 perkara 1. Naik 2.turun 3.flat.
Kalau kita perhatikan bb bila harga mencapai tahap tinggi dikatakan harga menyentuh batasan tinggi atau upper bb kemungkianan harga akan turun ...yang turun juga sama la definisi nya.lebih sinonim kembang dan mengecut.

Apa ada dalam bb (setting bb)

1. Period
2.deviation
3.shift
4.apply to

ok kita masuk dalam pemahaman period setting bb, nilai apa yang sesuai untuk dimasukkan...apa saja sih....kalau ikut suka tetap ada nilainya...disinilah rahsia tersembunyi juga period ini adalah gabungan nilai moving average untuk menghasilakn batasan atau benang benang yang mengelirukan.berjajaran pergerakan bersama moving averaga (middle line )

deviation digunakan sebagai batasan bagi setiap pergerakan harga lazimnya deviation ini ada tahap paling tinggi sesuai diguna pakai ada sampai nilaian 3. Setiap deviation ini ada percentage nya...ada cara cara kiraannya. Lazimnya dalam teknik kangun 3 itu dah kira maxima.

Shift dalam teknik kangun kita abaikan. Shift nie lebih untuk position line.seeloknya jangan disentuh.

Apply to elok permulaan untuk mengenali fungsinya sudah cukup kita gunakan close. Hanya ada sedikit perbezaan.



Moving average kalau ikut bahasa kita purata gerakan harian. Line line ini digunakan mewakili pergerakan harga harga minit,harian,4 jam,8 jam,seminggu mahupun sebulan.
Kepuasan dalam teknik kangun ini kita boleh menentukan jenis trade apa yang kita nak gunakan pakai. Adakah pemilihan kita dalam scalping atau swing.

Dalam moving average ada 4 perkara juga iaitu period ,shift, ma method , apply to.

Period ini adalah nilaian number untuk rata rata kiraaan purata bagi 1,5,30 minit, 1 jam ,4 jam, 8 jam, harian, mingguan , mahupun bulanan,bagaimana mana kiraan ini ditentukan??:) nanti saya terangkan.

Shift kita abaikan sebab tidak perlu diusik iainya lebih kepada position line sepuaya lebih center , left atau right begitu.

Ma method kita membuat pilihan simple. Sesuai katakan untuk newbee.

Apply to kita just pilih close. Masing masing ada fungsinya just la buat modification nanti lebih jelas ya rakan rakan.:d

mari saya bantu rakan rakan sedikit cara untuk memahaminya selebihnya bergantung pada rakan rakan
1. Dalam mt4 kita pilihan 1h market. 1 jam arah market yang lepas berapakah sma bagi moving average?? ( simple moving averga)
ianya ada kiraan. Cuma saya lebuh senang jelaskan secara menyeluruh.

1 jam kiraan purata jam sebelum ini = 1 sma
2 jam kiraaan purata jam sebelumnya = 2sma
1 hari kiraan purata jam sebelum ini = 24 sma
1 minggu kiraaan purata minggu sebelum ini = 120
1 bulan kiraan purata satu bulan sebelum ini = 480

ok dah nampak fungsinya?? Bagaimana untuk kita mengadaptasikan bollinger band dan moving average?

Cuba selidik dahulu:d
 
Huraian moving average + bollinger band

dah baca penerangan post saya diatas? Baik...kita mulakan sedikit informasi untuk diadaptasi kedalam meta trader anda.

1. Buka mt4 dengan market 1 hour
2. Masukkan indicator moving average dengan hanya mengubah periode kepada nilai 24 ( apa maksud 24 ??? Rujuk post pertama saya)
3.perhatikan line tersebut bergerak...scrool kebelakang apa yang kita nampak? Ada turun dan naik dan tidak terkecuali ada juga kelihatan merata/sideway = flat
4. Itulah nilaian kiraan purata dari haqri hari sebelum ini..market bergerak turun dan naik...dan kelihatan mula untuk merata.

5. Masukkan bollinger band dengan nilaian 24 apa yang kelihatan??
Batas batas gerakan harga untuk nilaian 24.
Maka apa yang kita faham dari penerangan diatas??? Fahami dahulu.
:d
 
assalam rakan rakan....

sudah anda praktikan seperti mana yang telah saya terangkan...seperti mana yang saya terangkan kaedah moving average dan bollinger band dapat membantu terutama memahami pasaran market.
tidak kira apa jua pasaran wawktu . seperti tempoh hari saya ada terangkan penggunaan teknik kangun ...bagi saya terangan saya ini lebih kepada basic...untuk advance perlu mahirkan dahulu konsep ini.

teknik kangun sesuai diguna pakai dalam apa jua sesi waktu baik 15/30/1h/4h/1week atau 1 bulan.

bagimana kiraan untuk moving average ini dapat diadaptasikan dengan BB? moving average hasil kiraan purata harian dapat dimasukkan nilai MA kedalam BB dimana BB akan bertindak sebagai harga tepu kemungkinan.dalam forex tiada istilah tepat atau benar benar harga tersbut bergerak dan berpatah...tetapi dengan pemahaman dari segi konsep MA dan BB dapat kita tentukan bahawa harga tersebut berkemunkinan ada 3 perkara yang akan berlaku apabila menyentuh batas batas deviation BB iaiatu 1.bersideway 2. meneruskan perjalanan market 3.berpatah kembali kepada harga asal 4. flat...

dalam metatrade anda cuba buka market 1H :
1.pilih indicator moving average period 1
2.buka sekali lagi pilih indicator moving average period 4
3.buka sekali lagi pilih indicator moving average period 24
4.buka sekali lagi pilih indicator moving average period 120
5.buka sekali lagi pilih indicator moving average period 480

apa yang kelihatan ya??? sila refer nilai period tersebut dengan penerangan saya sebelum ini.

itu semua adalah pergerakan harga bagi 5 MA yang melibatkan 1 jam,4jam,1 hari,1 minggu dan 1 bulan.

sila kecilkan zoom market anda supaya anda dapat melihat keseluruhan perjalanan sebelum2 ini. apa analysis yang dapat anda buat rumusan?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13446
USD / JPY
157.148
GBP / USD
1.32443
USD / CHF
0.83464
USD / CAD
1.41986
EUR / JPY
177.990
AUD / USD
0.69765
Back
Top
Log in Register