combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan AGC Antara 17 Dilantik Pesuruhjaya Kehakiman
Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh (duduk enam, kiri), dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah (duduk lima, kanan), bergambar bersama 17 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi yang baharu selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di Istana Kehakiman, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tujuh belas individu, termasuk bekas Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan di Jabatan Peguam Negara (AGC) dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi berkuat kuasa hari ini.
Mereka yang dilantik ialah Norhayati Ahmad, 60; Zaman Mohd Noor, 57; Elesabet Paya Wan, 55; Azhar Othman, 54; Helina Sulaiman, 55; Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, 57; Suraiya Mustafa Kamal, 51; Nor Azizah Mohamad, 55; Ku Hayati Ku Haron, 52; Tan Swee Cheng, 54; Chan Kheng Hoe, 54; Ariff Azami Hussein, 50; Marianne Antoinette Ghani, 55; Wan Azliana Wan Adnan, 50; Mohamad Nor Azam Rashid Zainol Rashid, 55; Kalwant Singh Sujan Singh, 60; dan Kumar Thangaraju, 57.
Mereka menerima surat cara pelantikan masing-masing daripada Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam satu majlis yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.
Kesemua mereka kemudian mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah.
Antara yang dilantik merupakan individu yang mempunyai pengalaman luas dalam badan kehakiman, di AGC, profesion guaman dan pelbagai badan berkaitan perundangan.
Norhayati, yang berasal dari Kuala Lumpur, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan di AGC, manakala Zaman merupakan Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Elesabet merupakan Pengarah Mahkamah Negeri Melaka, manakala Azhar berkhidmat sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Johor. Tengku Amir Zaki pula pernah menjadi Pengerusi Mahkamah Perusahaan Cawangan Johor, manakala Suraiya berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Tribunal Rayuan Kastam.
Sementara itu, Nor Azizah merupakan Ketua Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik, Bahagian Pendakwaan AGC, manakala Ku Hayati pernah menjadi Pengarah Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan.
Marianne pernah menganggotai Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara Sabah, manakala Wan Azliana yang juga anak bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Wan Adnan Wan Ismail sebelum ini merupakan rakan kongsi sebuah firma guaman sebelum dilantik sebagai ahli Tribunal Antigangguan Seksual di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.