BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Ketua Bahagian Sivil AGC Antara 23 Individu Dilantik Sebagai Pesuruhjaya Kehakiman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
55240961c88bfa7427d07eaf1bdddb8b68909d6b20b3e


Bekas Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Donald Joseph Franklin adalah antara 23 individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman hari ini.

Turut dilantik J.Kuldeep Kumar, peguam yang sebelum ini membela bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu seorang daripada dua individu yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Kuldeep, 55, juga terlibat dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan Azilah untuk menggantikan hukuman matinya kepada penjara selama 40 tahun.

Donald, 59, pula pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Timbalan Ketua Bahagian I di Bahagian Sivil AGC.

Individu lain termasuk Datin Asmah Musa iaitu Ketua Unit Perbicaraan di Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC; bekas Presiden Majlis Peguam (2019 dan 2020) Datuk Abdul Fareed Gafoor serta Timbalan Ketua Bahagian II di Bahagian Pendakwaan AGC Syed Faisal Syed Amir.

Sejumlah 13 peguam termasuk Kuldeep dan Abdul Fareed dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Mereka ialah Isa Aziz Ibrahim, Dr Seow Hock Peng, Shahriza Zalina Abdul Shukor, Helmi Hamzah, Rajes Raghavji, Datuk Mohd Aimi Zaini Mohd Azhar, Samry Masri, Moh Kok Wai, Shamsul Bahrin Abdul Manaf, Datuk Muhammad Adam @ Edward Abdullah dan Avinder Singh Gill.

Individu lain ialah bekas Ketua Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Datuk Khamsiah@Anita Harun, D. Shoba Rajah, S. Kalyana Kumar, Darmafikri Abu Adam, Manira Mohd Nor, Datuk Edwin Paramjothy dan Dr Noradura Hamzah.

Surat pelantikan disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register