BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pembantu Khas Didakwa Tipu Teresa Kok, Terima Rasuah RM500,000Â

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80
4823e1a500354bdf185950feade7e3b06a0138c5bbe67


Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu Teresa Kok Suh Kim serta menerima suapan RM500,000 berhubung perolehan papan pintar, dua tahun lepas.

Edmund Teoh Kheng Yaik, 40, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah,” katanya yang berada di kandang tertuduh dengan memakai kemeja berwarna putih.

Mengikut pertuduhan pertama, Teoh didakwa memperdayakan Kok, 62, sehingga mendorong Ahli Parlimen itu mempercayai bahawa hanya dua sekolah di parlimen berkenaan memohon sumbangan papan pintar interaktif sedangkan tertuduh tahu bahawa sebenarnya terdapat 16 sekolah yang memohon.

Tindakan tertuduh itu didakwa telah mendorong Kok memberikan persetujuan bagi permohonan sumbangan melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh, iaitu beliau tidak akan memberikan persetujuan itu sekiranya tidak diperdayakan.

Teoh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh di Sri Desa Entrepreneurs Park, Jalan 1/116B, Off Jalan Kuchai Lama di sini, pada Jun 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Teoh didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada seorang lelaki berusia 37 tahun di kawasan tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Jalan Kuchai Maju, Kuchai Lama di sini, pada 12 Ogos 2024.

Suapan itu sebagai upah kerana membantu lelaki berkenaan mendapatkan sumbangan bagi pembekalan papan pintar interaktif serta peralatan berkaitan untuk 16 sekolah di parlimen tersebut daripada syarikat TMT IT Solutions milik isteri lelaki berkenaan.

 
pelik betul lah ahli parlimen ni.. patut lah sabah buang dap terus..

Teoh kemudian meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Publisiti DAP Wilayah Persekutuan selepas disiasat SPRM atas dakwaan menerima rasuah berkaitan pembekalan Papan Pintar Interaktif untuk beberapa sekolah di Kuala Lumpur.

Suapan itu sebagai upah kerana membantu lelaki berkenaan mendapatkan sumbangan bagi pembekalan papan pintar interaktif serta peralatan berkaitan untuk 16 sekolah di parlimen tersebut daripada syarikat TMT IT Solutions milik isteri lelaki berkenaan.
 
sbb tu dia sibuk pasal langkawi lebih dr nie
 
Back
Top
Log in Register