BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO Bank Pelaburan Didakwa Tipu RM139.8 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Bekas CEO Bank Pelaburan Didakwa Tipu RM139.8 Juta​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu berhubung pembayaran RM139.8 juta kepada sebuah syarikat pengurusan universiti swasta.

Razlan Raghazli, 43, bekas CEO UBB Investment Bank Limited mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Razlan didakwa menipu Pengarah Urusan merangkap CEO UBB Amanah Bhd Aida Aizura Othman, 52, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa jadual pembayaran di dalam surat UBB Investment Bank Limited adalah selaras dengan nasihat guaman.

Surat “Disbursement Advice on Islamic Property Financing Under Bai-Bithaman Ajil (BBA)” bertarikh 18 Sept 2025 itu ditandatangani Razlan dengan menyatakan ia mengikut nasihat peguam daripada sebuah firma guaman.

Lelaki itu bagaimanapun didakwa mengetahui bahawa jadual pembayaran tersebut bercanggah dengan nasihat yang diberikan.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan Aida Aizura melepaskan pembayaran wang berjumlah RM139,891,776 kepada ELMU Higher Education Sdn Bhd yang tidak akan dilakukan jika tidak diperdayakan.

 
Back
Top
Log in Register