BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Azeez Didakwa Guna Kedudukan Untuk Jawatan, Pelaburan RM193.5 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146

Abdul Azeez Didakwa Guna Kedudukan Untuk Jawatan, Pelaburan RM193.5 Juta​

07ed98703c5e06b7ee87d0b6228281636aa0c9ca210a5

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Gambar Fail)

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat itu, 12 tahun lepas.

Abdul Azeez, 59, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham pertuduhan, pertuduhan itu tidak benar sama sekali, mohon dibicarakan,” kata Abdul Azeez.

Mengikut pertuduhan, Abdul Azeez didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi TH untuk mendapatkan suapan berupa jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunerasi RM690,000 setahun, kemudahan sebuah kereta jenis BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap.

Bagi tujuan tersebut, beliau didakwa mengarahkan Tan Sri Ismee Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif TH ketika itu, untuk mencadangkan namanya sebagai wakil TH di dalam Putrajaya Perdana Berhad.

Abdul Azeez juga dituduh bertindak meyakinkan Ahli Lembaga TH semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah TH Bil. 4/2014 supaya bersetuju meluluskan cadangan pelaburan hingga RM193.5 juta, merangkumi hingga 30 peratus modal saham terbitan sedia ada dalam Putrajaya Perdana Berhad, dengan beliau mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak dekat sini pada 25 Ogos 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan Abdul Azeez diikat jamin RM450,000 dengan dua penjamin warganegara tempatan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali sehingga kes selesai.

 
Back
Top
Log in Register