BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Azeez Tidak Ditahan SPRM - Anak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,795
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,795
Reaction score
289
Points
146

Abdul Azeez Tidak Ditahan SPRM - Anak​

36657edf3d0cad242632e944f98b082f6a81452055c51

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim - Kredit: FB - Azeez Rahim

Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menerusi satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bapanya kini berada di kediaman mereka dan sedang berehat, sekali gus menyangkal laporan tidak sahih berhubung penahanan berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Untuk mereka yang bertanyakan khabar saya ucapkan terima kasih banyak dan untuk makluman, ayah saya masih di rumah sedang berehat. Semoga segalanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti, adil dan telus,” katanya.

Khabar angin mengenai penahanan Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji itu mula tersebar luas di beberapa platform media sosial, sejak lewat malam tadi.

Abdul Azeez sebelum ini dilaporkan menyatakan kesediaan beliau untuk memberi kerjasama penuh, sekiranya disiasat berhubung Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas.

Selasa lepas, satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan laporan berkenaan dibentang dan dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat.

 
Back
Top
Log in Register