BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pembantu Perancang Acara Didakwa Bunuh Penghantar P-hailing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Bekas Pembantu Perancang Acara Didakwa Bunuh Penghantar P-hailing​

379351027e58a5e82ae9ebb9ab7bd4406a6affdbea559

Seorang bekas pembantu perancang acara sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh seorang penghantar p-hailing, dua bulan lepas.

Low Kean Peng, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Low didakwa menyebabkan kematian Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, di Persiaran Kota di sini pada 12.30 tengah malam 13 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Majistret tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 21 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi manakala lelaki itu diwakili peguam Ethan Tan.

Terdahulu, Karthiyayini melepas tanpa membebaskan Low daripada pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada Zulfiqar yang dihadapinya sebelum ini.

Pada 18 Mei, Low mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu dengan kadar alkohol sebanyak 196 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa di lokasi dan tarikh yang sama.

Zulfiqar meninggal dunia selepas 13 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini selepas motosikal ditunggangnya didakwa dirempuh sebuah kereta.

Back
Top
Log in Register