BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas mufti Perlis tegur PAS suka mencaci dan memaki

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
leh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.
Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?
Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.
Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.
Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

http://drmaza.com/home/?p=674#more-674
 
dlm CG ni pun dpt kita lihat ketaksuban mencaci maki dan mencerca oleh penyokong2 PAS...
 
well, terima atas teguran.
semoga UMNO juga mengambil iktibar, jangan guna Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3, forum internet untuk menjaja fitnah kepada PAS.
sama macam saudara-saudara UMNO dalam CG nie juga..

p/s : saudara iswarahijau panggil orang PAS taksub, bukankah ia sejenis caci maki juga?
 
mufti begini yang dimahukan oleh umat Islam..bukan mufti yg menyebelahi sebelah pihak aje..tq Ust. Asri atas teguran untuk Pemimpin2 Islam selama ini..
 
semoga dr. asri juga boleh keluarkan satu PENDAPAT mengenai hukum menyokong parti yang menolak hukum Allah dan membenarkan Murtad di Malaysia nie..
 
mufti begini yang dimahukan oleh umat Islam..bukan mufti yg menyebelahi sebelah pihak aje..tq Ust. Asri atas teguran untuk Pemimpin2 Islam selama ini..

ya. aku pun hairan dgn sikap pemimpin PAS ni,hanya mengiktiraf pandangan dr maza yg sebulu dgn mereka saja. dlm soal paklah menyertai upacara peringatan askar di tugu negara cepat saja PAS setuju. Tapi bila Dr. Maza cakap pasal perpaduan islam,tegur sikap tidak konsisten PAS dlm sesetengah isu, maka dr.maza dikecam. hmmm...
 
semoga dr. asri juga boleh keluarkan satu PENDAPAT mengenai hukum menyokong parti yang menolak hukum Allah dan membenarkan Murtad di Malaysia nie..

juga hukum menyokong parti mempermainkan agama utk undi. yg mengatakan hudud tidak pernah ada dlm perlembagaan parti dan yg bersengkokol dgn chaunivis DAP dan sekular DAP.
 
ya. aku pun hairan dgn sikap pemimpin PAS ni,hanya mengiktiraf pandangan dr maza yg sebulu dgn mereka saja. dlm soal paklah menyertai upacara peringatan askar di tugu negara cepat saja PAS setuju. Tapi bila Dr. Maza cakap pasal perpaduan islam,tegur sikap tidak konsisten PAS dlm sesetengah isu, maka dr.maza dikecam. hmmm...

jangan mengarut wahai saudara iswarahijau.
PAS tidak pernah menolak perpaduan Islam. yang menolak ialah UMNO. Nik Aziz sudah memberi cadangan, jika BENAR-BENAR mahu PAS dan UMNO bergabung, maka kedua-duanya perlu dibubarkan, dan buat satu parti baru yang BERASASKAN ISLAM.

dan, sehingga hari ini, tiada satu pun jawapan balas daripada UMNO. tapi masih lagi menjaja isu perpaduan, memfitnah PAS menolak perpaduan Islam konon. sedangkan PAS sudah lama membuka ruang, yang menutup ruang itu ialah UMNO, yang mengkhianat PAS sebelum ini juga adalah UMNO.

jika sebelum ini, PAS pernah bersetuju bergabung dengan UMNO dengan menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an, apa kata kalau kali ini UMNO yang keluar dari BN dan menyertai PR untuk bergabung dengan PAS?
 
juga hukum menyokong parti mempermainkan agama utk undi. yg mengatakan hudud tidak pernah ada dlm perlembagaan parti dan yg bersengkokol dgn chaunivis DAP dan sekular DAP.

yer, kasi cadangan tu semua kat Dr. Asri...
 
kuhik,
di beaufort sabah,pak imam sana join DAP.
kau bile lagi?
 
Back
Top
Log in Register