BTC USD 84,531.7 Gold USD 4,177.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas mufti Perlis tegur PAS suka mencaci dan memaki

kuhik,
di beaufort sabah,pak imam sana join DAP.
kau bile lagi?

kamu pula taknak join Gerakan Komunis? bukankah UMNO kawan ngan geng komunis Gerakan nie...join la dia sekali..
 
ya. aku pun hairan dgn sikap pemimpin PAS ni,hanya mengiktiraf pandangan dr maza yg sebulu dgn mereka saja. dlm soal paklah menyertai upacara peringatan askar di tugu negara cepat saja PAS setuju. Tapi bila Dr. Maza cakap pasal perpaduan islam,tegur sikap tidak konsisten PAS dlm sesetengah isu, maka dr.maza dikecam. hmmm...

Perlu diingat Ust. Asri jugak pernah menegur Pak Lah tentang konsep Islam Hadhari yg boleh mengelirukan umat Islam..bg saya kenyataan balas yang dikeluarkan oleh seseorang dalam mana2 parti politik hanya dalam bentuk peribadi..maklumlah bukan senang dia nak puaskan hati semua pihak..sptutnya isu2 mcm tu xpayah nak dipolitikkan.. sama2 terima secara terbuka..dh mmg itu tugas dia sebagai Muslim dan Mufti.
 
kamu pula taknak join Gerakan Komunis? bukankah UMNO kawan ngan geng komunis Gerakan nie...join la dia sekali..

hish...mane ade...gerakan tu parti berbilang kaum mcm PKR.. matlamat perjuangan caca merba... kenapa malu ke bersaudarakan Lim guan eng dan karpal singh?
 
jangan mengarut wahai saudara iswarahijau.
PAS tidak pernah menolak perpaduan Islam. yang menolak ialah UMNO. Nik Aziz sudah memberi cadangan, jika BENAR-BENAR mahu PAS dan UMNO bergabung, maka kedua-duanya perlu dibubarkan, dan buat satu parti baru yang BERASASKAN ISLAM.

dan, sehingga hari ini, tiada satu pun jawapan balas daripada UMNO. tapi masih lagi menjaja isu perpaduan, memfitnah PAS menolak perpaduan Islam konon. sedangkan PAS sudah lama membuka ruang, yang menutup ruang itu ialah UMNO, yang mengkhianat PAS sebelum ini juga adalah UMNO.

jika sebelum ini, PAS pernah bersetuju bergabung dengan UMNO dengan menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an, apa kata kalau kali ini UMNO yang keluar dari BN dan menyertai PR untuk bergabung dengan PAS?

HAHH lagi tulisan sampah dan flip flop. Bukan kah Nik Aziz yg mengarahkan menghentikan muzakarah dakwah PAS dgn UMNO? bukankah Nik Aziz yg meminta ust nasharudin keluar PAS masuk umno semata2 kerana menyokong usaha perpaduan Islam? Nik aziz sendiri yg tidak menyetujui impian besar tg hadi awang dlm soal perpaduan islam? siapa sebenarnya yg tidak mahukan perpaduan sampai menolak timbalan presiden yg dipilih oleh saudara sendiri? ke kuhik ni kem husam musa?
 
hish...mane ade...gerakan tu parti berbilang kaum mcm PKR.. matlamat perjuangan caca merba... kenapa malu ke bersaudarakan Lim guan eng dan karpal singh?

DAP pun parti berbilang kaum. kenapa dok kata DAP adalah perkauman Cina? lagi kelakar..kesian...

yang betul-betul perkauman ialah UMNO, MCA dan MIC jer..
 
DAP pun parti berbilang kaum. kenapa dok kata DAP adalah perkauman Cina? lagi kelakar..kesian...

yang betul-betul perkauman ialah UMNO, MCA dan MIC jer..

DAP parti berbilang kaum? hahaha.. ye DAP parti berbilang kaum dan menolak nepotisme... lim guan eng bukan anak lim kit siang. kalau begitu apa lagi? joinla DAP. islamkan DAP dari dalam.
 
HAHH lagi tulisan sampah dan flip flop. Bukan kah Nik Aziz yg mengarahkan menghentikan muzakarah dakwah PAS dgn UMNO? bukankah Nik Aziz yg meminta ust nasharudin keluar PAS masuk umno semata2 kerana menyokong usaha perpaduan Islam? Nik aziz sendiri yg tidak menyetujui impian besar tg hadi awang dlm soal perpaduan islam? siapa sebenarnya yg tidak mahukan perpaduan sampai menolak timbalan presiden yg dipilih oleh saudara sendiri? ke kuhik ni kem husam musa?

kamu silap lagi.
apa yang Nik Aziz larang ialah, kerajaan perpaduan yang kononnya diajak oleh UMNO ialah, "PAS keluar dari Pakatan untuk menyertai UMNO dalam Barisan Nasional". inilah yang TG Nik Aziz larang dan marah jika terdapat perbincangan seperti ini.

seperti biasa, TG Nik Aziz bertegas dengan idea asal, jika UMNO betul-betul mahu perpaduan, maka UMNO perlu bubar, PAS perlu bubar, buat satu parti berasaskan Islam. lain kali jangan dok baca dalam internet sahaja saudara, kalau ada masa, pergilah dengar kuliah TG Nik Aziz setiap Jumaat kat Dewan Zulkifli tu. boleh dengar penjelasan sebenar mengenai pendirian beliau tentang isu kerajaan perpaduan.

dan TG Nik Aziz tambah lagi, kenapa hanya highlightkan kepada PAS sahaja? kenapa PAS sahaja yang perlu keluar daripada PR? sepatutnya, jika benar-benar UMNO mahu perpaduan, UMNO perlu mulakan langkah yang pertama, sebab idea perpaduan ialah idea UMNO, bukan idea PAS.

so, TG Nik Aziz cakap, UMNO keluar BN, PAS keluar PR, kedua-dua bubar, buat satu parti yang benar-benar berasaskan Islam. dan UMNO jua yang harus mulakan langkah pertama kerana kerajaan perpaduan ialah idea UMNO, bukan idea PAS.
 
Dr Maza nie tgk kat tv,

best gak rancangannya...

tapi ye la.. maki hamun.. semua tue tak perlu..

apa salah cakap elok2.. kan?

nama pun sesama Islam...
 
DAP parti berbilang kaum? hahaha.. ye DAP parti berbilang kaum dan menolak nepotisme... lim guan eng bukan anak lim kit siang. kalau begitu apa lagi? joinla DAP. islamkan DAP dari dalam.

kesian sedara...baru jer post pasal nasihat Dr. Asri pasal menghina/mencaci. tapi tetiba post suruh saya join DAP, apa tujuan saudara iswarahijau ni pun entahlah.

belum apa-apa sudah start dah nak provokasi...ginilah agaknya stail orang UMNO, bila dah tak dapat berhujah, buat personal attack dengan topik yang bukan-bukan...

nampaknya, yang kuat caci mencaci ini memang orang UMNO agaknya..

p/s : teringat insiden baling kerusi dalam mesyuarat bahagian UMNO...sepatutnya Dr. Asri kena sentuh pasal keSAMSENGan UMNO nie..
 
leh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.
Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?
Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.
Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.
Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

http://drmaza.com/home/?p=674#more-674

bagus sgt klu semua dpt ambik tahu tng apa yg disampaikan nie. terutama pemimpin atasan tue.. klu dah pemipin x berapa sihat anak buah pasti x sihat jugak.. itu lah yg berlaku dalam parti politik di malaysia nie..
 
Back
Top
Log in Register