BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas ketua pencuri dapat 8A

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_05.1.jpg

ALONG (kiri) dan Abu yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dan 1B menunjukkan slip keputusan SPM 2014 masing-masing ketika ditemui di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka semalam.

MELAKA – Bergelar pesalah juvana dan ditempatkan di pusat pemulihan akhlak tidak mematahkan semangat sekumpulan tahanan untuk mengejar impian cemerlang dalam pelajaran.

Itu yang dibuktikan dua penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di sini apabila mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

ne_05.2.jpg


KETIKA ini seramai 201 pesalah juvana yang disabitkan atas pelbagai kesalahan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

Pernah menjadi ketua sebuah geng curi motosikal di Kedah, Along (bukan nama sebenar) mengakui, dia bersyukur kerana diberi peluang mengambil SPM walaupun telah disabitkan atas kesalahan jenayah.

Along, 21, yang dihantar ke pusat pemulihan itu sejak tahun 2012 lalu, menduduki SPM sebagai calon persendirian dan memperoleh 8A dan 1B.

Dia mendapat gred A+ dalam mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan Perdagangan manakala gred A bagi subjek Pendidikan Islam, Matematik, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam serta gred B (Bahasa Inggeris).

“Saya pernah ditahan polis beberapa kali namun dilepaskan kerana kekurangan bukti. Namun nasib tidak menyebelahi ketika kali keenam saya diberkas.

“Saya pernah ambil SPM pada 2011 tetapi keputusannya sangat teruk kerana ketika itu saya terlalu ‘sibuk’ mencuri motosikal,” katanya di sini semalam.
 
Tahniah....semoga memberi sinar baru
 
Teringat masa dok universiti, pensyarah aku cerita, rupanya pesalah juvana ni di sekolah henry gurney, kerjaya masa depan dia lagi senang dari budak2 yg ambil spm kat luar, cukup mereka ada sijil spm, lulus atau tidak belakang kira, mereka akan diambil untk bekerja sebagai polis F R U. Tu bila mereka leraikan rusuhan tak kira kat mana2 perhimpunan, sama ada perhimpunan tu, sah atau tidak, mereka hati kering ajer belasah..banyaknya mereka diambil dari sini. sejarah lepas dijadikan faktor kerjaya untk mereka ni...dulu aku tertanya, "tak kan tak ada rasa kesian, bila belasah, tak kira sapa2 yg terlibat dgn perhimpunan, bila tahu mereka2 ni dtg dari mana, so aku tak hairan.
 
kalau dapat 20A sekalipun...tapi perangai macam syaitoooonnnn nir rojim nak buat hapeeeee
 
Teringat masa dok universiti, pensyarah aku cerita, rupanya pesalah juvana ni di sekolah henry gurney, kerjaya masa depan dia lagi senang dari budak2 yg ambil spm kat luar, cukup mereka ada sijil spm, lulus atau tidak belakang kira, mereka akan diambil untk bekerja sebagai polis F R U. Tu bila mereka leraikan rusuhan tak kira kat mana2 perhimpunan, sama ada perhimpunan tu, sah atau tidak, mereka hati kering ajer belasah..banyaknya mereka diambil dari sini. sejarah lepas dijadikan faktor kerjaya untk mereka ni...dulu aku tertanya, "tak kan tak ada rasa kesian, bila belasah, tak kira sapa2 yg terlibat dgn perhimpunan, bila tahu mereka2 ni dtg dari mana, so aku tak hairan.

BETUL ... kebanyakkan daripaa mereka bukan sahaj menjawat sbg anggota biasa ... malah berjawatan pegawai juga .....

tentera polis bomba ....

pak ndak aku budak henry gurney ... bersara berpangkat major ATM ....
 
Back
Top
Log in Register