ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Sulaiman bersama becanya yang dihias cantik menjadi pilihan pelancong untuk menggunakan khidmatnya.
KUALA TERENGGANU - Jika anda berjalan-jalan di bandar raya ini, tentunya terlihat sebuah beca yang dihias cantik, berwarna-warni dan dipenuhi bunga-bungaan.
Tipulah, jika anda mengatakan tidak mempunyai keinginan untuk berada di atas beca itu.
Ini sebab beca yang unik itu menjadi tarikan pelancong bukan sahaja untuk digunakan sebagai kenderaan bersiar-siar tetapi juga untuk bergambar.
Malah beca itu juga lengkap berbumbung supaya pelanggan tidak terkena panas terik matahari mahupun basah dek hujan.
Begitulah gigihnya, pemilik beca Sulaiman Jusoh, 59, ini menghias becanya untuk keselesaan pelanggan.
Lebih membanggakan, Sulaiman yang juga OKU tidak pernah menjadikan kekurangan diri untuk meraih simpati.
Kudratnya masih cukup kuat untuk mencari rezeki dan semangatnya luar biasa melebihi individu normal.
Dia yang tidak boleh mendengar dan bercakap sejak lahir, tidak pernah berputus asa mencari rezeki untuk menyara keluarga mengayuh beca roda tiganya.
"Telah hampir tiga tahun saya mengayuh beca. Walaupun terpaksa meredah panas dan hujan, tetapi saya gembira dengan pekerjaan ini demi untuk menyara keluarga walaupun pendapatan tidak menentu," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun.
Perbualan tersebut dibantu seorang rakan yang juga sama-sama mengayuh beca sebagai sumber pendapatan, Abdul Wahab Abdul Rahman, 70 yang secara sukarela menjadi pengantara.
Harga yang dikenakan untuk ke setiap destinasi antara RM5 dan RM10, bergantung pada keikhlasan pelanggan.
Kata Sulaiman, selagi tidak mendapat pelanggan dia tidak akan berganjak dan sanggup menanti penuh sabar seperti mana pengayuh beca yang lain, meskipun terpaksa menunggu sehingga lewat senja.
Dia yang tinggal di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu itu akan mengayuh becanya sejauh kira-kira 40 kilometer setiap hari untuk berkumpul dengan rakan lain di Pasar Besar Kedai Payang menunggu pelanggan.
Bapa tiga anak ini juga adalah antara 56 orang penarik beca roda tiga yang menerima insentif sebanyak RM200 sebulan daripada kerajaan negeri.