BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Terapung Bakal Jadi Tarikan Pelancongan Di Yan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
21366ae86b5722171059729178515a4669c5fbdc41ac2

d96b1ab81b5368097e9acd74a7e7baa269c5fc46f0f0d

c07e6b8a315de347657acc99c8a9e1fb69c5fcaac7a64

7e5b672f1f45a6a1bb5b1628de30694e69c5fcee498d0

Masjid terapung di Kampung Ruat, Yan, Kedah yang dijangka siap dibina sepenuhnya bulan April bakal menjadi antara tarikan utama pelancongan di daerah ini.


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Masjid terapung di Kampung Ruat di sini yang dijangka siap dibina sepenuhnya bulan depan bakal menjadi antara tarikan utama pelancongan di daerah ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata projek yang diambil alih oleh kontraktor baharu bermula Julai 2023 itu melibatkan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.95 juta.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek ini. Pembinaan masjid ini antara inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan ibadah yang selesa dan selamat kepada penduduk setempat," katanya selepas meninjau status kemajuan projek pembinaan masjid tersebut di sini hari ini.

Ahmad berkata antara skop utama projek merangkumi pembinaan bangunan masjid, struktur sampingan seperti gerbang, menara tangki air, menara azan, pembinaan pencawang jenis kompak Tenaga Nasional Berhad dan sistem rawatan kumbahan kecil (SSTS).

Beliau berkata proses penyerahan projek daripada JKR kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dijangka dilaksanakan pada penghujung April ini.

"Kementerian Kerja Raya berharap dengan siapnya masjid terapung ini, ia bukan sahaja menjadi pusat ibadah, malah sebagai simbol pembangunan dan kesejahteraan komuniti di daerah Yan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register