BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bebas CENGKAMAN

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Bebas Cengkaman
Oleh Murni Wan Omar

2010/04/30

pix_middle


KUALA LUMPUR: “Syukur, alhamdulillah, tiada kata dapat diucapkan,” kata Farinnie Mohd Farid, bekas isteri lelaki Lubnan yang mendakwa dirinya sebagai ‘hartawan’, Ellie Youseff Najem.

Farinnie, 24, menarik nafas lega apabila Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Mamat Haizan Salleh membenarkan permohonan cerai fasakh dengan Ellie, 50, di dalam kamarnya, semalam.


Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farinnie ketika ditemui berkata, mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya selepas bersetuju dengan alasan dan keterangan saksi yang dikemukakan ketika prosiding kes itu dijalankan.


Selain itu, mahkamah juga bersetuju bahawa Ellie mendatangkan mudarat kepada tubuh badan Farinnie dengan memaksa wanita itu melakukan hubungan secara lucah selain memaksa memakai lambang keagamaan serta menyambut perayaan Hari Easter.


Mahkamah juga menerima semua bukti gambar yang dikemukakan bagi menunjukkan kedudukan akidah defendan.


Oleh itu, permohonan Farinnie dibenarkan dan wanita itu diperintahkan untuk beredah.


Farinnie mengemukakan permohonan cerai fasakh terhadap Ellie bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk membubarkan perkahwinan mereka.


Pasangan itu yang berkahwin pada 6 Oktober 2005, dikurniakan dua cahaya mata, Prince-Kovadis Elias Youssef Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Kelmarin, Ellie dan pasangannya wanita berusia 49 tahun, Roslin Tahir dituduh di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik di Tingkat Lapan, Wisma Belia, Brickfields, jam 3.45 petang, 26 April lalu.

Ellie didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997 manakala Roslin dituduh mengikut Seksyen 27(b) akta sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.
 
Apa jenis manusia ni dgn begitu byk topeng. Pulak tu ikut suka dia aje nak dating dgn pompuan mana. Sengal laaa mamat ni.
 
laen kali berhati2. org malaysia kan ramai ni....atau tjojol bijik mata dgn tipu helah 'byk wang'?
 
ni salah satu contoh psychopath yg menarik
 
mamat lebanon ni kan kuat menipu, apsal tak sumbat aje dlm penjara yerk? kebal ke...
 
Back
Top
Log in Register