BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bazar bundle Lorong Haji Taib digempur

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Gerai warga asing yang disita diangkut lori DBKL dalam operasi kelmarin.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Penuh sepuluh lori! Itu hasil tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap aktiviti perniagaan Bazar Bundle di Lorong Haji Taib, Chow Kit kelmarin apabila semua barangan disita setelah mendapati rata-rata operasi jualan dilakukan oleh warga asing.

Operasi perniagaan yang bermula pada waktu petang itu mulanya tenang seperti biasa, namun bertukar kecoh apabila terdapat peniaga warga asing yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak penguatkuasa.

Namun, tindakan penguatkuasa mengepung kawasan laluan antara Lorong Haji Taib di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut berjaya menahan lima warga asing dan menyita 20 gerai.

Ketua Operasi, Tanda Usoh berkata, operasi bermula jam 4 petang dan berakhir jam 9 malam itu merupakan siri keenam Ops Tegas bagi membanteras aktiviti perniagaan warga asing di ibu kota.

Menurutnya, ia hasil risikan selama dua minggu yang dilakukan pihaknya atas aduan yang disalurkan orang awam.

“Daripada maklumat diterima, hampir 80 peratus peniaga di sini adalah warga asing terutamanya warga Bangladesh.

“Jadi hasil tindakan ini, kita telah sita barangan peniagaan mereka dan ia tidak boleh dituntut walaupun oleh pemilik sebenar kerana membabitkan warga asing,” katanya kepada Sinar Harian.

Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai 1989.

Tanda berkata, kesemua warga asing termasuk tiga warga Bangladesh diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Mana-mana penjaja yang didapati menyewakan gerai atau membiarkan perniagaan diuruskan warga asing, akan ditamatkan lesen,” katanya.

Operasi dijalankan secara bersepadu itu disertai kira-kira 100 orang termasuk anggota penguatkuasa, anggota polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Tindakan akan dilaksanakan secara berterusan memastikan ibu kota bersih daripada penjaja warga asing.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bazar-bundle-lorong-haji-taib-digempur-1.266957
 
bagus...kasi gempur warga asing ini habis-habisan, dah banyak lemak sangat warga asing ni.
 
bagus.. org bagi kemudahan dekat rakyat tempatan// p ali baba dekat rakyat asing jadi tokey...pandai jual mahal plak tu ~X(
 
camni baru betul wat kerja..ini tidak..org tempatan niaga kene saman..org asing makin berleluasa...
 
kedai2 kain kt jlan tar tu pn banyak org asing yg jaga. pandai diorg ni klu kene serbu dia kata dia pekerja je padahal silap2 dia owner
 
wow...komen2 yg memberansangkan...
syabas...!!!!
 
baru betul...
dah la ada yg berlagak...
baru jaga kedai bundle...

dulu kerap dtg sini dari zaman belajar...
bila dh ramai bangla jaga kedai, aku dh jarang dtg..
 
x pyh risik,dtg serbu je,nk risik apa jadahnya, xkan muka warganegara dgn bukan warganegara xtahu beza,bengong
 
Back
Top
Log in Register