BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi 4 bulan diselamatkan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Bayi berusia empat bulan diselamatkan oleh pasukan penyelamat Nepal selepas 22 jam tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Kathmandu, beberapa hari lalu. Bayi itu merupakan antara mangsa awal yang berjaya diselamatkan dalam gempa bumi kuat yang melanda Nepal pada Sabtu lalu. AGENSI​

KATHMANDU 30 April - Suasana hiba menyelubungi kawasan pencarian mangsa gempa bumi di sini apabila pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi berusia empat bulan dari celah-celah runtuhan bangunan, setelah terperangkap selama 22 jam, antara mangsa terawal berjaya diselamatkan selepas gempa melanda Nepal pada Sabtu lalu.

Bayi lelaki itu yang diselaputi debu, diselamatkan selepas pasukan penyelamat mendengar bunyi tangisan lemah mangsa dari celah-celah runtuhan.

Bayi yang diberi nama Sonit Awal itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi nasib kedua ibu bapanya masih belum diketahui.

Kejayaan menyelamatkan bayi itu didedahkan oleh pasukan penyelamat, hari ini.

Kejadian ajaib itu dipercayai berlaku sebelum seorang lelaki, Rishi Kanal, 27, berjaya diselamatkan selepas 82 jam terperangkap di celah runtuhan dan terpaksa meminum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup.

Pasukan penyelamat turut mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun berjaya diselamatkan selepas lebih 120 jam terperangkap di celah runtuhan dengan hanya makan sebotol mentega.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Pemba Lama tidak mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital terbuka.

Sementara itu, kerajaan Nepal mengesahkan angka korban gempa berukuran 7.9 skala Richter pada Sabtu lalu kini mencecah 5,844 orang dan lebih 11,175 lagi cedera.

Bencana dahsyat itu turut mengakibatkan kira-kira 70,000 buah rumah musnah dan 530,000 buah rumah lagi di 35 daripada 75 daerah di negara ini mengalami kerosakan, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP
 
setelah 22 jam teperangkap...
memang mencabar
 
Back
Top
Log in Register