BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baucar BR1M diambil orang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Idris dan Sepiah menunjukkan laporan polis yang dibuat pada 28 Februari lalu.

GEMENCHEH – “Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pak cik dah diambil orang."

Itulah kata-kata dari petugas BR1M 2.0 yang masih kekal dalam ingatan Idris Dahalan, 76, hingga ke hari ini ketika dia ingin mengambil bantuan berkenaan buat kali kedua di Dewan Sri Gemencheh pada 28 Februari lalu.

Menurutnya, dia masih tertanya-tanya siapakah individu yang mengambil baucar RM500 miliknya itu sedangkan dia tidak pernah mewakilkan sesiapa dan memberikan kad pengenalannya kepada orang lain.

“Pak cik pelik juga tetapi atas nasihat petugas berkenaan, pak cik membuat satu laporan di Balai Polis Gemencheh pada hari yang sama.

"Malah, pak cik turut pergi sejauh lebih 60 kilometer pergi dan balik dari rumah pak cik di Sungai Dua, Gemencheh ke Pejabat Daerah Tampin pada sebelah petangnya bagi membolehkan masalah berkenaan selesai, " katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Dua, semalam.

Idris berkata, sehingga ke hari ini masalah berkenaan masih lagi belum selesai dan dia masih menunggu jawapan positif daripada pihak bertanggungjawab mengenai status baucar BR1M.

“Kalau dulu dapat RM250 pun kami suami isteri sudah gembira kerana dapat menambah perbelanjaan dapur inikan pula RM500. Impian kami lebur begitu sahaja apabila baucar BR1M kami diambil orang lain dan ia masih belum lagi selesai hingga ke hari ini, " katanya.

Lebih menyedihkan lagi dia juga perlu menjaga isterinya, Sepiah Musa, 75, yang lumpuh sejak empat tahun lalu setelah diserang demam teruk susulan virus bawaan nyamuk iaitu demam Chikungunya.

Idris berkata, dia dan isteri kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan wang pencennya sebagai pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi menguruskan perbelanjaan dapur dan keperluan lain.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/baucar-br1m-diambil-orang-1.140349
 
Pelik, macamana boleh diambil orang ? sedangkan kalau Tuan punya BR1M yang betul pun nak ambil susah,,macam nak tuntut apa je, beratur panjang2..
 
Pelik betul, macam mana 'orang' yang ambil baucer pak cik nie boleh terlepas bila periksa kupon dan
kad pengenalan agaknya ek? Kesian pak cik nie, dah lumpuh, ada individu tak
bertanggung jawab sanggup ambil duit rezeki beliau tue...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
kesian pakcik ni......sudah jatuh ditimpa tangga pulak, orang yang ambik BRIM pakcik ni memang tak ada hati perut....sabar ajelah, mungkin ini ujian dari Allah.
 
bila mengikut nafsu mak ayah sendiri pun boleh bunuh....
apatah lagi orang lain
 
Nie kalo lisa surihani punye duit. Cepat jer siasat
 
boleh clain kat bank ka nnt?bukan ka dorg cek ic sebelum bg duit?
 
Back
Top
Log in Register