BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas pemain bolasepak Togo ditembak

Anas Asarani

Fun Poster
Messages
939
Joined
Aug 9, 2009
Messages
939
Reaction score
1
Points
15
Satu maut, empat cedera dalam serangan bas
09/01/2010 3:25am

PARIS 8 Jan. - Seorang terbunuh manakala empat yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa pemain bola Togo yang berada di Angola untuk Piala Kebangsaan Afrika

diserang dengan mesingan, menurut laporan televisyen Infosport Perancis hari ini.

Saluran sukan itu berkata, bas itu diserang ketika pasukan itu melalui daerah Cabinda yang bersempadan dengan Congo.

“Pemandu bas itu terbunuh manakala dua pemain bola dan dua anggota perubatan mengalami kecederaan,” menurut jurucakap kementerian sukan Togo di Lome.

Ketika dihubungi AFP, penganjur acara itu berkata, bas pasukan itu hanya mengalami letupan tayar, namun selepas beberapa ketika dihubungi semula, penganjur memaklumkan bahawa mereka tidak menyedari insiden tersebut.

Togo dijadual berhadapan dengan Ghana Isnin ini, namun Dossevi berkata, pemain-pemain itu telah melahirkan hasrat untuk tidak bermain dalam perlawanan tersebut. - AFP

Utusan Meloya
 
kecian pemandu bas..
 
Back
Top
Log in Register