BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas ekspres senget bawa penumpang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Jelas kelihatan bas ekspres yang membawa penumpang ini dalam keadaan senget
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Sebuah bas ekspres yang dipandu dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang didapati membawa penumpang dalam keadaan senget.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Farhan Abdul Wafi berkata, kejadian itu dikesan ahli persatuannya ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS.

Menurutnya, saksi dengan jelas dapat melihat bas berkenaan dipenuhi dengan penumpang dan dibawa dalam keadaan laju.

“Pada mulanya rakan saya fikirkan ia mungkin disebabkan tayar bas yang pancit menyebabkan ia senget, namun setelah memintas bas berkenaan, didapati tayar bas tersebut langsung tidak pancit.

“Ini jelas menunjukkan sememangnya pemandu bas dan juga syarikatnya langsung tidak peka dan prihatin dengan nyawa penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih menakutkan apabila bas senget berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan sering berada di lorong kanan untuk memotong kenderaan lain.

Farhan berkata, bas itu diekori sehingga ke Pulau Pinang oleh rakannya dari susur keluar Tangkat Jering, Perak.

Namun anehnya, sepanjang jalan berkenaan, bas berkenaan langsung tidak berhenti di hentian rehat yang disediakan untuk membuat pemeriksaan bas.

“Apa nilai nyawa penumpang kepada syarikat bas ini? Adakah sekadar hanya RM1 atau RM2, ataupun sekadar mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sebolehnya kami masyarakat di negara ini tidak mahu lagi kemalangan melibatkan bas seperti di Genting Highlands berlaku kembali,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bas-senget-bawa-penumpang-1.220091
 
aku penah follow belakang bas ondaway ride ke kelantan, ngeri siot tngok bas layan kona sampai menyenget2 tepi gaung, mmg drebar hati kering...
 
aku hari2 tengok bas sekolah yang bawa pelajar senget cam ni....pehh nak drive dekat pun takut....pemandu ni tak mementingkan keselamatan pelajar lansung dahlah tu pelajar ni pula suka bergayut kat pintu bas tu.
 
Kena report kat SPAD ni... selagi belum ada kes kemalangan dia orang takkan kisah hal2 camni...
 
page fb pun ada secretary?
 
belum jadi apa2..xpe...penguatkuaan undang2 kat malaysia nie..bila dah berlaku baru masing2 nak cerita akta itu ini....
 
Jpj spad ni x wat kije kee? Byk je bas2 mcm ni kt highway...

Dok sibuk kt cermin gelap je wat gapo...
 
Back
Top
Log in Register