BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas ekspres senget bawa penumpang

ada si gemok duduk belah senget tu
 
Jpj spad ni x wat kije kee? Byk je bas2 mcm ni kt highway...

Dok sibuk kt cermin gelap je wat gapo...

formula jpj >> cermin gelap = cenderung jenayah

yang lain takpe:D
 
KAdang2 bas yg nak parking atas divider pun cukup ngeri ..silap naik..boleh terbaik rasanya..#:-S
 
dah biasa tgk mcm ni. bkn bas jer, lori pun sama. brg2 lori tu bwk t'dedah plak tu..
 
stended..tgk kompany la..

konsortium??ho3..elok la di elak bas ni..

sape ingat dulu once upon a time bas name neila..ni la keturunan die yg diedit balik :)
 
image.jpg


Jelas kelihatan bas ekspres yang membawa penumpang ini dalam keadaan senget
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Sebuah bas ekspres yang dipandu dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang didapati membawa penumpang dalam keadaan senget.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Farhan Abdul Wafi berkata, kejadian itu dikesan ahli persatuannya ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS.

Menurutnya, saksi dengan jelas dapat melihat bas berkenaan dipenuhi dengan penumpang dan dibawa dalam keadaan laju.

“Pada mulanya rakan saya fikirkan ia mungkin disebabkan tayar bas yang pancit menyebabkan ia senget, namun setelah memintas bas berkenaan, didapati tayar bas tersebut langsung tidak pancit.

“Ini jelas menunjukkan sememangnya pemandu bas dan juga syarikatnya langsung tidak peka dan prihatin dengan nyawa penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih menakutkan apabila bas senget berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan sering berada di lorong kanan untuk memotong kenderaan lain.

Farhan berkata, bas itu diekori sehingga ke Pulau Pinang oleh rakannya dari susur keluar Tangkat Jering, Perak.

Namun anehnya, sepanjang jalan berkenaan, bas berkenaan langsung tidak berhenti di hentian rehat yang disediakan untuk membuat pemeriksaan bas.

“Apa nilai nyawa penumpang kepada syarikat bas ini? Adakah sekadar hanya RM1 atau RM2, ataupun sekadar mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sebolehnya kami masyarakat di negara ini tidak mahu lagi kemalangan melibatkan bas seperti di Genting Highlands berlaku kembali,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bas-senget-bawa-penumpang-1.220091
selalu je aku nampak bas senget2 ni..kata setiap 6 bulan inspect puspakom..
nk masuk puspakom ejas sket la kot..
bila keuntungan lebih pnting dari keselamatan dan nyawa
 
drebar sepatutnya balancekn penumpang ikut berat, baru bas stabil.. kehkehkeh
 
pelampung bas pecah ni... dia boleh speed dalam keadaan jalan tegak... corner confirm terbalik
 
Back
Top
Log in Register