Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Pembangkang tawar khidmat dua jurutera
![]()
DUA jurutera akan dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas Amphicoach yang ditempah bagi memastikan urusan penghantarannya tidak terus tergendala. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL
KUALA TERENGGANU 28 Mac - Pihak pembangkang menawarkan khidmat dua orang jurutera untuk dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas `dua alam’, Amphicoach yang ditempah oleh kerajaan negeri agar urusan penghantarannya tidak terus tergendala.
Tawaran khidmat secara percuma bagi membantu kerajaan negeri itu dibuat oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, dan beliau yakin masalah yang antara lain dikaitkan dengan sistem hidraulik dapat diatasi.
“Jika diizinkan saya akan hantar dua orang jurutera secara bagi memberi khidmat secara percuma kerana kenderaan ini (amphicoach) adalah milik rakyat yang boleh kita selesaikan dalam masa singkat.
“Saya mohon kerajaan negeri uruskan penghantaran jurutera kita ke sana (Malta) dan beri masa pada kita dua minggu,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada cadangan Syed Azman semasa mengemukakan soalan tambahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya menyambut baik tawaran tersebut dan akan mengaturkan urusan itu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Terdahulu, ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih), Ahmad Razif menjelaskan berlaku kelewatan penghantaran satu unit kenderaan berkenaan yang bernilai RM3 juta ke Terengganu berikutan masalah pada sistem hidraulik.
Selain itu, jelasnya, juga disebabkan proses ujian serta pensijilan kenderaan terbabit yang masih tertangguh kerana faktor cuaca di negara berkenaan namun beliau menjangkakan akan tiba Jun ini.
Bas amphicoach yang ditempah pada tahun 2014 sepatutnya tiba di negeri ini setahun kemudian, dan kelewatan penyerahan mulai menjadi isu malah pihak pembangkang turut membuat laporan polis baru-baru ini.
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sidang-dun-pembangkang-tawar-khidmat-dua-jurutera-1.463047










Bas elektrik pula di Terengganu
![]()
TERENGGANU menjadi negeri pertama akan menggunakan bas elektrik menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).
Sebanyak empat bas elektrik daripada 11 bas bakal digunakan untuk fasa pertama perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu yang dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan lagi.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia adalah satu kejayaan yang dicapai negeri itu.
Menurutnya, perkhidmatan myBAS itu satu lagi perkhidmatan yang disediakan kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Pihaknya berharap myBAS yang menawarkan perkhidmatan merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dapat digunakan dengan sebaiknya kepada rakyat.
“Secara keseluruhannya, perkhidmatan myBAS ini akan meliputi jarak 235.9 kilometer dan bakal menggunakan sebanyak 30 bas termasuk bas ganti secara berperingkat.
"Untuk fasa pertama akan membabitkan 11 bas dan fasa kedua dilaksanakan selepas tiga bulan selepas itu serta diikuti fasa ketiga bagi tempoh yang sama selepas itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyaksikan majlis menandatangani kontrak myBAS Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MARA Liner Sdn Bhd.
Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu adalah yang kelima disediakan kerajaan selepas Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuching yang diwujudkan sejak 2015 bagi memberi khidmat pengangkutan awam selamat dan boleh diharapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/304778/lagi-3-bulan-kami-naik-bas-elektrik







