BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

wow menarik bas ni.. kalau ade nnti nak gak try naek hehe
 
Pembangkang tawar khidmat dua jurutera

image.jpg

DUA jurutera akan dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas Amphicoach yang ditempah bagi memastikan urusan penghantarannya tidak terus tergendala. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

KUALA TERENGGANU 28 Mac - Pihak pembangkang menawarkan khidmat dua orang jurutera untuk dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas `dua alam’, Amphicoach yang ditempah oleh kerajaan negeri agar urusan penghantarannya tidak terus tergendala.

Tawaran khidmat secara percuma bagi membantu kerajaan negeri itu dibuat oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, dan beliau yakin masalah yang antara lain dikaitkan dengan sistem hidraulik dapat diatasi.

“Jika diizinkan saya akan hantar dua orang jurutera secara bagi memberi khidmat secara percuma kerana kenderaan ini (amphicoach) adalah milik rakyat yang boleh kita selesaikan dalam masa singkat.

“Saya mohon kerajaan negeri uruskan penghantaran jurutera kita ke sana (Malta) dan beri masa pada kita dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada cadangan Syed Azman semasa mengemukakan soalan tambahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya menyambut baik tawaran tersebut dan akan mengaturkan urusan itu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Terdahulu, ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih), Ahmad Razif menjelaskan berlaku kelewatan penghantaran satu unit kenderaan berkenaan yang bernilai RM3 juta ke Terengganu berikutan masalah pada sistem hidraulik.

Selain itu, jelasnya, juga disebabkan proses ujian serta pensijilan kenderaan terbabit yang masih tertangguh kerana faktor cuaca di negara berkenaan namun beliau menjangkakan akan tiba Jun ini.

Bas amphicoach yang ditempah pada tahun 2014 sepatutnya tiba di negeri ini setahun kemudian, dan kelewatan penyerahan mulai menjadi isu malah pihak pembangkang turut membuat laporan polis baru-baru ini.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sidang-dun-pembangkang-tawar-khidmat-dua-jurutera-1.463047

Baguslah bangunkan industri pelancongan bersama-sama...

Macam di Penang, Nazri dan LGE bersama2 promote jambatan kaca haritu...
 
Lagi satu projek gajah putih atau lagi satu projek atas angin? :">
 
Pembekal bas amphibia disaman jika gagal serah sebelum akhir tahun

12bajsk.transformed.jpg


KUALA NERUS: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman syarikat pembekal bas Amphibia sekiranya kenderaan itu tidak diserahkan sebelum akhir tahun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata hingga kini kerajaan negeri masih belum menerima bas itu dan diberitahu bahawa masalah teknikal menjadi punca bas itu tidak diserahkan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah itu sudah diselesaikan dan kerajaan memberi tempoh kepada syarikat pengendali terbabit untuk menghantar bas 'dua alam' berkenaan sebelum Disember ini.

"Bas itu sudah siap dan masih berada di Malta namun saya difahamkan ada masalah penghantaran. Ini soal pembekal, bukan soal kita.

"Jadi, saya sudah beri kata dua kepada pembekal dan minta penasihat undang-undang negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan sekiranya perlu berikutan kelewatan penghantaran berkenaan.

"Kita tidak akan berkompromi berkenaan hal ini, jika mereka tidak dapat menghantar dalam akhir bulan ini, kita akan saman syarikat terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pada Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2017 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bas jenis Amphicoach dibeli kerajaan negeri dengan harga RM3 juta pada 2014 dijangka tiba pada Mei 2015 bagi merancakkan industri pelancongan selain digunakan ketika musim banjir.

Bagaimanapun, akhbar melaporkan kelewatan penerimaan bas itu disebabkan kerajaan negeri mahu bas Amphicoach terbabit diterima dengan memenuhi spesifikasi ditetapkan selain masalah transit dan persijilan yang turut mengambil masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.

Mengikut perjanjian terbaharu, Terengganu sepatutnya menerima bas berkenaan pada Jun lalu selepas beberapa kali tertangguh sejak 2015, namun sekali lagi ia gagal dipatuhi pihak pembekal.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/349455/pembekal-bas-amphibia-diberi-kata-dua
 
beli nak guna bertahun-tahun tunggu, kalau rosak puluh tahun pulak nak repair, letak muzuim je la... :">:">:">
 
Bas elektrik pula di Terengganu

bas_cropped_1516255678.jpg


TERENGGANU menjadi negeri pertama akan menggunakan bas elektrik menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).


Sebanyak empat bas elektrik daripada 11 bas bakal digunakan untuk fasa pertama perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu yang dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia adalah satu kejayaan yang dicapai negeri itu.

Menurutnya, perkhidmatan myBAS itu satu lagi perkhidmatan yang disediakan kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Pihaknya berharap myBAS yang menawarkan perkhidmatan merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dapat digunakan dengan sebaiknya kepada rakyat.

“Secara keseluruhannya, perkhidmatan myBAS ini akan meliputi jarak 235.9 kilometer dan bakal menggunakan sebanyak 30 bas termasuk bas ganti secara berperingkat.

"Untuk fasa pertama akan membabitkan 11 bas dan fasa kedua dilaksanakan selepas tiga bulan selepas itu serta diikuti fasa ketiga bagi tempoh yang sama selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyaksikan majlis menandatangani kontrak myBAS Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MARA Liner Sdn Bhd.

Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu adalah yang kelima disediakan kerajaan selepas Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuching yang diwujudkan sejak 2015 bagi memberi khidmat pengangkutan awam selamat dan boleh diharapkan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/304778/lagi-3-bulan-kami-naik-bas-elektrik
 
Bas elektrik pula di Terengganu

bas_cropped_1516255678.jpg


TERENGGANU menjadi negeri pertama akan menggunakan bas elektrik menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).


Sebanyak empat bas elektrik daripada 11 bas bakal digunakan untuk fasa pertama perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu yang dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia adalah satu kejayaan yang dicapai negeri itu.

Menurutnya, perkhidmatan myBAS itu satu lagi perkhidmatan yang disediakan kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Pihaknya berharap myBAS yang menawarkan perkhidmatan merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dapat digunakan dengan sebaiknya kepada rakyat.

“Secara keseluruhannya, perkhidmatan myBAS ini akan meliputi jarak 235.9 kilometer dan bakal menggunakan sebanyak 30 bas termasuk bas ganti secara berperingkat.

"Untuk fasa pertama akan membabitkan 11 bas dan fasa kedua dilaksanakan selepas tiga bulan selepas itu serta diikuti fasa ketiga bagi tempoh yang sama selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyaksikan majlis menandatangani kontrak myBAS Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MARA Liner Sdn Bhd.

Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu adalah yang kelima disediakan kerajaan selepas Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuching yang diwujudkan sejak 2015 bagi memberi khidmat pengangkutan awam selamat dan boleh diharapkan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/304778/lagi-3-bulan-kami-naik-bas-elektrik

bas elektrik pulok... kemahhhhh
 
Akhirnya, bas amfibia sampai

bas_amfibia_cropped_1517398285.jpg


SELEPAS berdepan pelbagai rintangan, bas amfibia (amphicoach) yang ditempah kerajaan Terengganu akhirnya tiba di Malaysia dan kini berada di Pelabuhan Klang.


Perkara ini disahkan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu Tun Ahmad Tun Abd Razak ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, bas 'dua alam' itu tiba di Pelabuhan Klang beberapa hari lalu dan akan diserahkan kepada wakil kerajaan Terengganu serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, esok.

"Buat masa ini bas berkenaan belum boleh dibawa keluar dari Pelabuhan Klang kerana perlu menjalani beberapa prosedur antaranya pemeriksaan, pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penyerahan dokumen.

"Belum dapat dipastikan tarikh sebenar bas amfibia ini dapat tiba di bumi Terengganu tapi mengikut perancangan kita, sebelum Ekspo #TerengganuMolekDoh 2018 pada 25 Februari depan," katanya.

Bas jenis amphicoach itu dibeli kerajaan negeri dengan harga RM3 juta pada 2014 dan sebelum ini dijangka tiba pada Mei 2015 bagi merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.

Difahamkan kelewatan itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu amphicoach itu mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan selain masalah transit serta persijilan yang memakan masa lama.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan negeri memberi kata dua kepada pembekal bas amfibia sama ada menghantar kenderaan itu ke Terengganu selewat-lewatnya hujung November 2017 atau bakal berdepan tindakan saman.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberi amaran itu selepas pihak pembekal beberapa kali gagal mematuhi perjanjian yang dibuat.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/308821/sampai-jugak-bas-tu
 
Bas dua alam tiba di Kuala Terengganu

image.jpg


KUALA TERENGGANU 18 Feb. - Bas dua alam, Amphicoach yang menjadi sensasi sekian lama, bukan sahaja kerana keunikannya tetapi juga setelah kenderaan yang ditempah di Malta itu sering tertangguh penghantarannya, akhirnya tiba di bandar raya ini pagi ini.


Kenderaan pertama seumpamanya di rantau ini dan yang ke-13 di dunia itu akan dipertontonkan kepada umum dalam Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak dekat sini mulai 25 Febuari hingga 3 Mac nanti.

Ketika mengesahkannya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu, kenderaan yang bakal mewarnai sektor pelancongan negeri terutama di Tasik Kenyir kini ditempatkan di Depoh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bukit Kecil di sini bagi pemeriksaan lanjut.

"Kerja-kerja pemeriksaan itu bertujuan untuk mendapatkan permit dan kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut bagi memastikan aspek keselamatan kenderaan di tahap terbaik memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran menguruskannya.

"Sebagai kenderaan pertama di Malaysia dan yang ke-13 di dunia, JPJ dan Taman Laut mungkin kena lihat contoh Amphicoach di negara lain dengan salah satunya ada di Hungary," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/bas-dua-alam-amphicoach-tiba-di-kuala-terengganu-1.611612
 
Back
Top
Log in Register