BTC USD 84,419.2 Gold USD 4,295.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

Sekarang tengah kecoh kat wasap pasal natang ni.. Awak kat mana awak awaknkat mana
 
Bas ni gi melaka..skrg musim cuti sekolah ramai pelancong..
 
xtau mana kos lagi tinggi sama ada beli 2 bas yg hnya boleh memuatkan 50org setiap 1 bas atau sediakan emergency boat utk setiap kluarga sama ada 1@2 boat bergantung kpd keperluan saiz kelurga dan boleh menyelamatkan 99.99% dlm 1 masa..kurang risiko drpd berenang.
 
Wakil rakyat lapor polis isu bas amfibia

image.jpg

Dari kanan Raja Bahrin, Syed Azman, Azan dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing menunjukkan laporan media mengenai persoalan bas amfibia yang masih belum kelihatan di negeri ini.

KUALA TERENGGANU - Tiga wakil rakyat pembangkang tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kedudukan sebenar dua buah bas amfibia atau ‘amphicoach’ berikutan bas terbabit yang ditempah kerajaan negeri pada 2014 masih belum muncul sehingga kini.

Laporan dibuat Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adun Bandar, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Balai Polis Kuala Terengganu lebih kurang jam 11 pagi tadi.

Syed Azman berkata, bas amfibia tersebut sepatutnya diserahkan kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya akhir Ogos 2015.

Katanya, ia berdasarkan kenyataan Datuk Mohd Jidin Shafee pada Mei 2015 yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri pada waktu itu dan juga kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 28 Disember 2014 yang turut menjangkakan bas ditempah itu bakal beroperasi pada tahun 2015.

“Berkali-kali kami di dewan (sidang Dun) membangkitkan perkara ini dan kerajaan menjelaskan bahawa bas ini ada tetapi bila (sampai), kita tidak tahu. Jawapannya, bas sedang dalam proses untuk disiapkan.

“Jadi, tidak ada satu jawapan jelas bila ianya sampai ke Terengganu. Sekarang ini, hampir dua tahun terlewat dan kita mohon supaya polis membuat penyiasatan kemungkinan bas tidak sampai, dicuri orang atau hilang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Laporan polis tersebut juga bertujuan menuntut penjelasan dan siasatan bagi membolehkan rakyat Terengganu mengetahui kedudukan bas, kos sebenar terlibat, siapa sebenarnya bertanggungjawab atas pembelian terbabit dan kemungkinan wujud unsur pecah amanah dalam urusan pembelian serta tempahan bas tersebut.

Pembelian dua bas amfibia dicetuskan ketika zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada 2014 dengan kos pembelian bagi sebuah bas berdasarkan harga kilang menelan belanja kira-kira 600,000 euro atau kira-kira RM3 juta sebuah.

Bas amfibia turut dikenali sebagai bas dua alam berikutan fungsinya yang boleh digunakan di darat dan di air untuk dimanfaatkan rakyat Terengganu bagi tujuan pelancongan serta digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir ke kawasan selamat.

Bas tersebut dijangka dapat digunakan pada tahun 2015 berikutan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang diperlukan.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/wakil-rakyat-lapor-polis-isu-bas-amfibia-1.636995
 
dah simpan kt muzium siap2 ke

xsempat nak calar
 
Pembangkang tawar khidmat dua jurutera

image.jpg

DUA jurutera akan dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas Amphicoach yang ditempah bagi memastikan urusan penghantarannya tidak terus tergendala. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

KUALA TERENGGANU 28 Mac - Pihak pembangkang menawarkan khidmat dua orang jurutera untuk dihantar ke Malta bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bas `dua alam’, Amphicoach yang ditempah oleh kerajaan negeri agar urusan penghantarannya tidak terus tergendala.

Tawaran khidmat secara percuma bagi membantu kerajaan negeri itu dibuat oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, dan beliau yakin masalah yang antara lain dikaitkan dengan sistem hidraulik dapat diatasi.

“Jika diizinkan saya akan hantar dua orang jurutera secara bagi memberi khidmat secara percuma kerana kenderaan ini (amphicoach) adalah milik rakyat yang boleh kita selesaikan dalam masa singkat.

“Saya mohon kerajaan negeri uruskan penghantaran jurutera kita ke sana (Malta) dan beri masa pada kita dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada cadangan Syed Azman semasa mengemukakan soalan tambahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya menyambut baik tawaran tersebut dan akan mengaturkan urusan itu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Terdahulu, ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih), Ahmad Razif menjelaskan berlaku kelewatan penghantaran satu unit kenderaan berkenaan yang bernilai RM3 juta ke Terengganu berikutan masalah pada sistem hidraulik.

Selain itu, jelasnya, juga disebabkan proses ujian serta pensijilan kenderaan terbabit yang masih tertangguh kerana faktor cuaca di negara berkenaan namun beliau menjangkakan akan tiba Jun ini.

Bas amphicoach yang ditempah pada tahun 2014 sepatutnya tiba di negeri ini setahun kemudian, dan kelewatan penyerahan mulai menjadi isu malah pihak pembangkang turut membuat laporan polis baru-baru ini.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sidang-dun-pembangkang-tawar-khidmat-dua-jurutera-1.463047
 
Back
Top
Log in Register