BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barbican masih dijual di pasaran

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Pengedar minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd. tidak akan menarik balik jualan minuman tersebut di pasaran walaupun status minuman itu haram diminum umat Islam buat masa ini.

Pengarah urusannya, Ahmad Alyateem berkata, tindakan menjual minuman itu diteruskan adalah wajar memandangkan Barbican bukannya minuman mengandungi unsur alkohol atau bir seperti yang digembar-gemburkan.

"Kita telah pun menghantar minuman itu ke makmal bagi melakukan ujian terhadap sampel minuman Barbican dan hasilnya ia bebas alkohol," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, syarikatnya telah menghantar sampel minuman itu untuk diuji di beberapa makmal termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Kosmo! semalam melaporkan, isu minuman 'bir halal' atau Barbican hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sehinggalah sebarang fatwa rasmi dikeluarkan.

Ekoran itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mat Ali Sarbini memberitahu, minuman tersebut haram diminum oleh umat Islam buat masa ini.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
Apa lagi Jakim..buat la operasi rampasan...
 
berapa bulan jakim boleh dapat hasil ujian? ke bertahun? atau last2 senyap buat tak tahu. lembab macam lembuu.
 
boleh ke kata haram kalau dia sendiri pun tak pasti?
 
syubhah itu ialah sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya antara halal dengan haram... tinggalkan perkara syubhah itu ialah lebih baik...
 
makmal UPM hari tu dah kata tak ada alkohol... tapi makmal tu penuh saintis, cuma boleh kata "tak ada alkohol", dia tak berani kata "halal!".

tinggal tunggu JAKIM kata "halal" je la, sebab JAKIM yang ada pakar agama.

yang nak minum sekarang kena guna discretion sendiri la, minuman yang tak ada alkohol apa hukumnya....
 
Back
Top
Log in Register