kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
KUALA LUMPUR: Usianya baru 23 tahun, tetapi sudah bergelar ‘bapa ayam’ apabila memiliki lima pelacur warga asing di bawah jagaannya.
Dia dipercayai membekalkan pelacur warga asing kepada pelanggan tertentu melalui kaedah telefon, tempah dan hantar.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar selepas sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan jenayah Bukit Aman melakukan intipan terhadap aktivitinya di kawasan rumah kedai di Jalan San Peng di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 4.40 pagi semalam, sepasukan polis D7 yang menerima maklumat mengenai kegiatan suspek melakukan intipan di kawasan itu selama dua jam sebelum suspek muncul bersama beberapa ‘ayam’ jagaannya.
Malah, maklumat juga mendakwa kawasan berkenaan dijadikan lokasi untuk kumpulan pelacur warga asing milik suspek bersembunyi dan menginap.
Sumber polis berkata, selepas melakukan intipan, polis akhirnya melihat sebuah kereta Kenari berwarna putih muncul sebelum berhenti.
Katanya, hasil pemantauan mendapati kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan membawa beberapa lelaki sebelum dua wanita berpakaian seksi turun dari kenderaan.
“Berikutan itu, polis menyerbu kereta berkenaan, tetapi suspek enggan menyerah diri walaupun polis terlebih dahulu memperkenalkan diri serta mengarahkan suspek keluar dari kenderaannya,” katanya.
mymetro online news.