BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa 18 anak dibunuh teman wanita, mayat disumbat dalam guni

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
3470984.webp

Penemuan mayatnya turut menggemparkan penduduk setempat. - FOTO: Agensi

LUCKNOW - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas penemuan jasadnya di sebuah terusan di Uttar Pradesh, India.

Menurut polis, bapa kepada 18 anak, Mustaq Gulshan menjadi mangsa pembunuhan kekasihnya sendiri selepas dilaporkan hilang pada 18 Mac lalu.

"Pelaku dikenali sebagai Suman turut dibantu rakan subahatnya. Siasatan awal mendapati Gulshan dipukul dengan kayu. Pukulan kuat pada kepala telah meragut nyawanya.

"Teman wanita mangsa kemudiannya memasukkan mayatnya ke dalam guni dan mencampakkannya ke dalam terusan untuk menutup perbuatan jenayahnya.

"Maklumat yang diterima membawa kepada penahanan Suman dan siasatan lanjut telah dijalankan," ujar jurucakap polis, Shailendra Lal.

Menurutnya, pihak berkuasa kini menyiasat motif di sebalik pembunuhan bekas ketua kampung Mishrpur Mustaq tersebut. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register