BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banyaknya Surau....

ustaz den ckp dlu,masjid tu ade 2..1 masjid jameq n 1 lgi masjid ghairu jameq..masjid jameq adelah msjid yng ade buat slt jmaat..masjid ghairu jameq masjid yang xde buat solat jmaat mcm surau2,tp ttp nmanye msjid
 
Ohoo... betul lah tu,sbb kurang kat solat tahiyyatul masjid. Walau apa pun, kalau ada peluang, kita pergi masjid jugaklah. Ada extra bonus kat situ.:D.

yup betul tu tp tuan, sy dtg masjid pun sy masih malas nak solat sunat. sy rasa sy makin malas. dulu masa kecik2 semua doa ingat, masuk masjid semua solat sunat buat. skrg dah besar panjang ni, doa makan je masih ingat, masuk masjid cuma nak solat fardu je.

sy makin malas wak dan sy tgk ramai juga yg malas mcm saya :p
 
ada ke solat sunat dtg surau? yg ada sunat masuk masjid kan? ada ke iktikaf kat surau? setahu aku iktikaf dalam masjid?

aku belajar dulu, solat sunat masuk masjid dan iktikaf dalam masjid. dlm surau tak dikira. itu yg aku belaja. tak tau la kalo ilmu sesat hamba belajar.

pahala jemaah ttp dpt walaupun solat kat surau cuma bab iktikaf dan sunat masjid tu yg masih jd pertikaian. :D

cuma bab iktikaf dan sunat masjid masih jadi pertikaian .. don't worry Wak ... jangan Wak tak pi surau kat rumah tu pulak sebab nak ke masjid yg jauh..:D
 
yup betul tu tp tuan, sy dtg masjid pun sy masih malas nak solat sunat. sy rasa sy makin malas. dulu masa kecik2 semua doa ingat, masuk masjid semua solat sunat buat. skrg dah besar panjang ni, doa makan je masih ingat, masuk masjid cuma nak solat fardu je.

sy makin malas wak dan sy tgk ramai juga yg malas mcm saya :p

Tak per... biar sikit tapi maintaine.:D jangan banyak2..pastu tinggal terus... ni ingatan utk wak sekali..:D
 
cuma bab iktikaf dan sunat masjid masih jadi pertikaian .. don't worry Wak ... jangan Wak tak pi surau kat rumah tu pulak sebab nak ke masjid yg jauh..:D

Ok..jom pi mandi. Sudah dekat ni...
 
aku sebenarnya tak berapa setuju banyaknya surau. salah satu sebab, kita tak dpt pahala datang masjid kat surau. kena ingat, surau dgn masjid adalah berbeza. dan kat mekah takde surau. yang ada hanya masjid.

masjid jauh? kamon la. duduk shah alam, kerja kat kl boleh je drive g kerja tp masjid jarak tak sampai 5 minit naik motor tak sanggup?

aku tak pasti sape yg perkenalkan konsep surau ni sebenarnya sbb yg Nabi bawa adalah konsep masjid.

kawasan aku contoh, masjid dgn surau terlalu dekat lah. so bg aku surau tak perlu pun sbb masjid mmg terlalu dekat. naik motor tak sampai 3 minit pun.

kalo surau takde, semuanya g masjid, mesti lg meriah kan? cth, kat tempat aku dulu surau jemaah ada la dlm 15 org waktu maghrib. kat masjid pun lebih kurang. kalo 15 org td g masjid sbb surau takde, jumlah jemaah dah ada lebih 30 org kan?

tp tu cuma pendapat aku je la. hehe... aku pun tak g masjid. biasa g surau je sbb terlalu dekat:eek:

umat makin malas ya ALLAH. tak mcm para sahabat dulu jalan kaki berbatu2 ukt solat kat masjid. #:-S

setuju dengan pendapat ADAR...

ni aku copy dari laman http://biduansepi.fotopages.com/?entry=1530310. TUAN2 BOLEH BACA KAT LAMAN TERSEBUT...

isu ketiga : dengan banyaknya surau2 akan menambahkan lagi perpecahan dalam umat islam.
( isu perpecahan Melayu dah aku sentuh di entri sebelum ni )

ramai diantara kita gembira melihat surau2 tumbuh bagai cendawan selepas hujan. sedarkah kita dengan banyaknya surau2 ini makin kuranglah jemaah di masjid2 malah jemaah disurau2 yg banyak tu pun masih boleh dikira dengan jari.

aku masih ingat lagi apa yang ustaz sekolah rendah aku kata, buat surau tak boleh rapat2. selagi masih dengar seruan azan dari masjid, kawasan itu tak boleh dibuat surau.

malangnya mungkin tak semua terima pendapat ustaz aku tu. berlumba2 mereka membina surau, selagi ada taman perumahan mesti mereka nak buat surau. apa tujuannya?

konon senang la kita tak payah jalan jauh2 sebab surau dah dekat dengan rumah kita. maaf ckp selalunya mereka yg dibalik tabir membuat surau/masjid ditempat mereka walau surau/masjid dah ada, punya kepentingan peribadi mereka sendiri.

memang betul kita ke masjid mesti ada 1 perasaan yg sangat indah barulah kita rasa roh masjid tu dekat dengan kita.

contoh tak jauh aku sendiri, kalau aku dah pergi kesebuah surau... dan terasa yang aku tak diterima, aku tak pergi lagi sebab tak mahu orang lain tak selesa dengan kehadiran aku. kalau pergi ke masjid untuk solat jumaat pula kalau khatibnya `membaca' khutbah dan bukan BERkhutbah aku tak pergi lagi. apa lagi kalau teks ucapan khutbah tu diulang2 2, 3 kali sebulan... tak sampai kali ke3 teks tu dibaca, aku dah pi masjid lain dah.

kalau kita tegur, ramai lah yg bersuara konon kita sendiri pun tak ke surau nak tegur pulak... kalau mereka pikir baik tentu mereka anggap aku solat di masjid, kan? itu lah sikap org kita yg suka pandang rendah pd orang lain. yg berimej agama macam kita jer yg layak bercakap. macam la agama tu hak mutlak tok nenek keturunan kita jer, orang lain tak layak bagi pendapat. apa jer kutu macam aku cakap, semua tak betul...

maklum lah kita berserban besar, berdakwah sampai ke india dan pakistan. kutu ni lak dah la rambut panjang, abis kuat dakwah dia cuma di depan rumah... pada budak2 rempit jer...
( sedangkan kita berjiran ni, depan rumah aku, tak ker depan rumah awak gak? )

pada mereka yg suka berdakwah sampai ke luar2 negeri ni pada pendapat sy hentikan jer lah... banyak masalah sosial yang boleh kita dakwahkan di malaysia ni, tak perlulah kita sampai ke india dan pakistan.

setahu sy kalau kita kesana hanya sebab nak tengok islam yang lebih baik dari malaysia, itu bukan berdakwah namanya tapi melancong.

orang kaya jer melancong ke luar negeri. kalau dari sudut islam pula, kalau malaysia dah tiada gejala sosial, baru lah kita boleh senang hati melancong2 keluar negeri tu. selagi masih ada masalah sosialnya tak perlulah ke luar. jaga/dakwah jer sekitar perumahan kita, malah itulah tanggungjawap wajib kita yg sepatutnya kita jalankan.

dengan kurangnya surau insyaAllah penuh jugak masjid. pada yang kata jauh tu, macam aku dah kata tadi, nak seribu daya tak nak seribu dalih.


isu keempat : surau berlumba2 nak gunakan microphone bila azan. ini pun 1 gejala yang aku rasa tak berapa elok gak. cukup la masjid guna microphone, apa yang kita nak `saing'kan sangat azan kita. nak bandingkan suara bilal surau kita lebih baik dari bilal masjid?

bayangkan lah kalau ada 3 surau 1 masjid ada 4 azan... kena subuh... lagi jelas. kenalak azannya sure tak serentak. bagai berlumba2 mereka ber`azan'.

dan aku teringat lagi pesan ustaz aku, tak sah sembahyang kalau masih lagi dengar ada azan berkumandang. (tak termasuk radio dan TV yer)

kalau bukan aku pun... apa jadi dengan isteri aku terpaksa tunggu 4 azan tu habis... mmmm rasanya mereka2 org kuat surau tu tentu lebih paham, macam aku kata tadi semuanya ada kepentingan, nak jugak surau dia guna microphone bila azan. kalau microphone tu sendiri mereka tak sanggup buang macam mana lak dengan robohkan surau tu. sure dia bangkang mati2an.

cuba bayangkan kalau di robohkan 3 surau tu tentu bertambah ramai jemaah ke masjid. baru lah `meriah' masjid tu. sekarang kalau pi cek semua surau2 dan masjid2 boleh dikatakan purata jemaahnya cuma 3 saf jer.

kalau dirobohkan 3 surau tu dah tentu jemaah di masjid dah jadi 12 saf.

kesimpulannya banyak sangat surau menjadikan umat islam berpecah belah, itu belum lagi aku sentuh pasal fahaman politik... lagi susah nak cerita...

jangan kita jadikan surau kita bagai tepekong yg dibina oleh orang2 cina. mana mereka ada tentu ada tepekong kecik kat tepi jalan malah depan2 rumah mereka.

biarlah surau kita betul2 berfungsi dengan betul bukan sebagai hiasan atau gajah putih jer.

kalau pembaca nak tahu kawasan rumah aku yg aku ceritakan ni... datanglah ke kg pandan dalam.

1 surau baru namanya AlFalah... tak jauh dari surau baru ni ( diseberang jalan besar) ada surau taman cempaka, 1 surau di jalan F, 1 lagi taman bakti... dan ada beberapa lagi surau ditaman2 berdekatan. ditengah2 kawasan yang aku nyatakan ada masjid kg pandan dalam.

datanglah waktu subuh, tuan2 boleh dengar berapa banyak surau yang melaungkan azan bersaing dengan masjid kampung pandan dalam. bagai tak de permuafakatan...

Allah sahaja yang Maha Mengetahui....
 
ni situasi terjadi kat perumahan aku. sbb dah byk umah flat (penduduk ramai) dan taman2 sebelah yg mmg dekat, byk surau ada. kalo azan berlapis2. aku pn xtau nk jawap azan mcm mana. mcm serabut pn ada. camne ni?
 
ni situasi terjadi kat perumahan aku. sbb dah byk umah flat (penduduk ramai) dan taman2 sebelah yg mmg dekat, byk surau ada. kalo azan berlapis2. aku pn xtau nk jawap azan mcm mana. mcm serabut pn ada. camne ni?

tu yang teman ajak bincang ni...:)
 
Back
Top
Log in Register