BTC USD 20,822.5 Gold USD 1,824.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banyak kedai ‘bubble tea’ guna bahan tiada sijil halal

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
jais-halal-960x640.jpg

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd Shahzihan Ahmad (kiri) membuat lawatan ke stor penyimpanan selepas Majlis Perasmian Stor Penyimpanan Ekshibit Bahagian Pengurusan Halal di Space U8 Mall pada 27 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

by Nadiah ZamlusNovember 27, 2019 3:44 pm

SHAH ALAM, 27 NOV: Lambakan kedai minuman ‘bubble tea’ yang menggunakan bahan tanpa sijil halal berjaya dikesan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ketua Penolong Pengarahnya, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mendapati ia tidak mempunyai logo halal.

Justeru, beliau memaklumkan pihaknya giat memantau premis berkenaan susulan tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya beragama Islam.

PSX_20191127_113101-500x333.jpg

Wan Najmiah Wan Mohamad Ali. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Memang tidak dinafikan premis mereka bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung.
“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu viral, orang ramai berpusu-pusu (membeli) tanpa mengetahui status halal yang dimiliki,” katanya pada Majlis Perasmian Stor Ekshibit Bahagian Pengurusan Halal di Space U8 di sini hari ini.

Pada masa sama, Wan Najmiah berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya susulan kawasan terbabit paling banyak memiliki premis ‘bubble tea’.

Katanya bagi mengelakkan kekeliruan, MPSJ akan menggalakkan premis yang menjual minuman jenis itu supaya memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan.
“JAIS mendapati ada antara pengusaha mengiklankan minuman mereka dengan perkataan ‘kami menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal’.
“Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia.

“Oleh itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat aduan sekiranya berlaku hal sedemikian kerana penggunaan perkataan halal sewenang-wenangnya adalah salah,” katanya.
Wan Najimah berkata, setakat ini hanya Tealive dan CoolBlog sahaja mempunyai sijil halal, sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

SUMBER - https://selangorkini.my/2019/11/banyak-kedai-bubble-tea-guna-bahan-tiada-sijil-halal/

Jadi berhati-hatilah peminat bubble tea (yg mahal nak mampos)
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,964
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,964
Reaction score
3,159
Points
266
Awards
1
nampak ramai wanita jilbab je kat kedai bubble tea ni.
ntah apo sodap eh minum air gulo.
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,483
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,483
Reaction score
1,025
Points
206
jawatan kosong bubble tea viral
perempuan melayu
bertudung
perwatakan menarik
belum berkahwin
pengalaman tidak diperlukan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
363,003
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
363,003
Reaction score
21,657
Points
2,836
Awards
1
14770_1575008261.jpg


FOTO Hiasan
Banyak 'bubble tea' tiada sijil halal


JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan masih terdapat banyak kedai minuman ‘bubble tea’ yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata, kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan pihaknya mendapati ia tidak mempunyai logo halal.

Justeru, beliau memaklumkan pihaknya giat memantau premis berkenaan susulan tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya beragama Islam.

“Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis yang bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli.

“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu tular, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman berkenaan…mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro, di Shah Alam, hari ini.

Pada masa sama, Wan Najmiah berkata, setakat ini hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) saja menunjukkan keprihatinan berhubung perkara berkenaan dengan berjumpa pemilik dan pengusaha premis menjual minuman berkenaan.

“MPSJ baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengusaha premis berhubung pemilikan sijil halal dan juga bertanya sama ada kandungan yang digunakan boleh diminum oleh orang Islam.

“Ia adalah inisatif yang patut dipuji kerana saya dimaklumkan MPSJ menyedari terdapat premis menjual minuman bubble tea yang laris di jual di kawasan mereka.

“Jadi, MPSJ menjalankan tanggungjawab bukan saja sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), malah mereka turut prihatin dengan situasi orang Islam dengan menggalakkan pengusaha memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan,” katanya.

Katanya lagi, JAIS mendapati ada antara pengusaha mengiklankan minuman mereka dengan perkataan yang mengelirukan seperti mereka menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal.

“Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia.

“Oleh itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat aduan sekiranya berlaku hal sedemikian kerana penggunaan perkataan halal sewenang-wenangnya adalah salah,” katanya.

Wan Najimah berkata, setakat ini hanya minuman jenama Tealive, CoolBlog dan Chatime sahaja mempunyai sijil halal, sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.


 

Laici

Super Active Member
gem
Messages
5,496
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,496
Reaction score
741
Points
121
tak terliur mana pun tengok bubble tea ni merata2...aku tak suka bubble tu...bulat kenyal2..tak sedap pun duk kunyah

geng hijabista instafamous suka la benda ni..dengan geng cina...
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
beli teh cincau BMF kan bagosss ekeekeke
 

AlYamani

Legendary Member
gem
Messages
12,292
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
630
Points
161
Aku tak minat teh...chinese dgn melayu yg suka beratur,ramai nampak kat danau kota...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register