balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Segaran mengelap peluh Mohamad Shafiq Aiman yang hanya terlantar di atas katil sejak kemalangan 19 Mac lalu.
< 1 / 1 >
PADANG RENGAS - Tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil, itu keadaan seorang mualaf, Mohamad Shafiq Aiman Krishna Raj, 26, selepas pemuda itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Semee, Ipoh, 19 Mac lalu.
Bapanya, N Segaran, 54, berkata, sejak Mohamad Shafiq Aiman kemalangan tiga bulan lalu, anaknya itu juga tidak mengenali orang di sekelilingnya.
Menceritakan semula detik hitam tersebut, Segaran berkata, pada hari tersebut, anaknya pergi ke tempat kerja seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
"Saya tidak sangka hari itu akan merubah kehidupan kami sekeluarga. Selepas anak saya kemalangan, isteri saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepadanya.
“Saya memang tidak bekerja kerana masih dalam cuti sakit kerana baru sahaja menjalani pembedahan lutut. Sehingga kini saya belum dibenarkan untuk sambung kerja saya iaitu sebagai pemandu lori," katanya kepada ketika ditemui Sinar Harian.
Segaran berkata, mereka sekeluarga kini bergantung kepada seorang lagi anaknya yang bekerja dan belas ihsan jiran-jiran.
Katanya, Mohd Shafiq Aiman bercadang untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya hujung tahun ini dan dia berharap impian anak keduanya itu akan tercapai.
Menurutnya, pemuda itu menukarnya kepada Mohamad Shafiq Aiman Krishna Raj selepas memeluk Islam dua tahun lalu.
“Semuanya terbongkar semasa saya diminta menandatangani surat kebenaran untuk melakukan pembedahan otak anak saya bagi membuang darah beku.
“Apabila doktor menyebut nama Mohamad Shafiq Aiman, saya terkejut dan saya tanya kepada doktor anak siapakah itu. Bila saya lihat ada nama saya, baru saya tahu itu adalah anak saya dan dia telah memeluk Islam.
“Sejujurnya, saya tidak marah dengan dia sebab itu pilihan dia. Mungkin dia masuk Islam kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang Muslim,” katanya.
Segaran berkata, Mohamad Shafiq Aiman mendapat bantuan alat perubatan dari Baitulmal namun dia berharap supaya pihak lain turut tampil menyalurkan sumbangan kepada anaknya itu.
“Tidak bantu kami sekeluarga pun tidak mengapa tetapi bantulah anak kami ini. Setiap hari saya berasa sedih melihat keadaannya,” katanya.