pue22
Fun Poster
- Messages
- 532
- Joined
- Sep 7, 2010
- Messages
- 532
- Reaction score
- 5
- Points
- 15
Info dari Encik Adli (GPM).
Bantuan yg terkumpul sepanjang bulan Ramadan telah pun dihantar ke Myanmar pada pagi tadi. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bererti kempen membantu kaum Islam Rohingya ini sudah tamat. Insya Allah kempen ini akan terus berlangsung dan bantuan seterusnya akan diserahkan sekitar 3-4 bulan dari sekarang. Jadi kepada anda yg mahu menderma, anda boleh terus melakukan demikian dengan memasukkan wang ke dalam akaun2 seperti yg tertera pada maklumat di atas. TIADA akaun lain selain dua di atas. Untuk info lanjut, anda bolehlah menghubungi nombor2 telefon seperti yg tertera pada iklan di post TT.
Kepada anda yg bercita-cita mahu menjadi Sukarelawan, tak kira lelaki atau perempuan, bolehlah menghantar emel menerusi alamat emel yg ada di laman web GPM di sini - http://gpm.com.my/contact-us
Sama2 kita menghulurkan bantuan setakat yg kita mampu, biarpun RM10 sahaja. Ambillah peluang melakukan sebanyak mungkin sedekah di bulan yg mulia ini. Sampai hatikah anda melihat kaum seagama anda tiada makanan utk dimakan, dan hanya bersembunyi di hutan2 dan gunung2, sedangkan kita di sini mewah dengan makanan?
Alhamdulillah.. Update yang terbaik..