BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Untuk Rohingya

pue22

Fun Poster
Messages
532
Joined
Sep 7, 2010
Messages
532
Reaction score
5
Points
15
Assalamualaikum...

Ni aku dapat dari email kat tempat kerja aku minggu lepas.. minta maaf sebab lambat share sebab baru hari ni aku free untuk on9 cg.. sumber yang sah @ x, anda boleh siasat dulu.. tapi aku pasti sumber yang sah, xkan company tempat keja aku ni nak main2 bagi email macam ni.. Lagipun ada gambar kat bawah tu ada no telefon untuk siapa-siapa nak tau lebih lanjut..


Aku copy paste kat sini sebab ramai yang nak tau macam mana nak tolong saudara kita kat sana..


kalau salah section, mod tolong pindahkan kat tempat yang sepatutnya..


Rohingya
24 Jul, 2012 gpmhq Events,Updates

Oleh: Adli Zakuan Zairakithnaini (Koordinator Meja ASEAN, GPM)
Penghapusan kaum yang berlaku di Wilayah Arakan, Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi satu perkara yang tersirat dari mata dunia. Pembunuhan, penculikan, kecurian dan pemerkosaan adalah sebahagian daripada bentuk jenayah yang dibiarkan berleluasa oleh pihak berkuasa di sana. Saban hari kita mendengar pelbagai penganiayaan dikenakan terhadap kaum ini. Krisis ini menjadi semakin parah pada hujung minggu lalu apabila etnik minoriti ini diberitakan mengalami kekurangan makanan dan dilanda kebuluran.
Global Peace Mission (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menghantar misi bantuan yang pertama malalui Yangon, Myanmar pada 11 Julai 2012. Misi ini bertujuan untuk mendapat gambaran menyeluruh berkenaan kejadian di Arakan dan membina jaringan bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan untuk misi berikutnya.
Hasil perbincangan dengan beberapa NGO di Myanmar, beberapa aspek yang merangkumi sejarah, sosial, perundangan dan juga bukti-bukti kukuh menunjukkan terdapat satu usaha penghapusan kaum di Wilayah Arakan. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Kerakyatan Myanmar 1982 mengukuhkan lagi kenyataan ini di mana di antara 135 kaum yang diiktiraf pemerintah, etnik Rohingya tidak termasuk di dalamnya.
GPM bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar yang telah menghantar dan mengedarkan bantuan kemanusiaan sebanyak 2 kali ke 3 bandar utama kepada mereka yang terkesan daripada tragedi kali ini terutama etnik Rohingya yang kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Namun begitu, masih terdapat sekurang-kurangnya 100,000 mangsa yang lain yang kini hidup dikawasan hutan tebal dan pergunungan bagi mengelak dari terbunuh.
Bagi memenuhi sasaran, GPM dan ABIM dengan kerjasama Union of NGOs’ of Islamic World (UNIW) yang berpusat di Istanbul, Turki telah melancarkan Kempen RM200 Satu Keluarga terdiri dari lima orang dan mensasarkan sebanyak RM 1 juta bagi mempersiapkan 5 bahan asas keperluan yang terdiri daripada beras, tepung, minyak masak, susu dan kacang dhal yang bakal dimanfaatkan oleh 25,000 mangsa di sana. Selain bantuan kemanusiaan, GPM dan ABIM telah merangka beberapa perancangan strategik termasuk untuk mewujudkan pejabat pengurusan di Yangon bagi melicinkan operasi penyaluran bantuan yang disalurkan oleh mana-mana individu atau pertubuhan di Malaysia.
Melihat pada situasi di Wilayah Arakan yang serius, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, pastinya kaum etnik Rohingya yang tertindas terpaksa berdepan dengan keadaan sukar dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Maka, adalah amat diharapkan agar kita dapat mengumpulkan dana secepat yang mungkin agar dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggungi.
Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas nama Global Peace Mission atau melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1402 3010 0292 24 atau Maybank 5642 2161 1602.


UPDATE : Anda boleh buka website GLOBAL PEACE MISSION MALAYSIA untuk maklumat lanjut...


Update dari bro green_maskman

482106_334193090008559_1146120671_n.jpg


http://www.facebook.com/RakyatMalaysiaBersamaMuslimRohingya



Siapa-siapa yang tahu mana-mana badan-badan atau pertubuhan yang memberi bantuan kepada ROHINGYA, post kat sini.. Nanti aku akan update kat 1st page.. Mestilah dari sumber yang sahih dan wujud dimuka bumi untuk membantu rakyat ROHINGYA.. Jangan post bantuan yang x wujud dan yang nak menipu orang dengan menggunakan nama rakyat ROHINGYA..!!!
 

Attachments

Last edited:
TT, I've called both numbers just to confirm, but no one answered. Maybe someone else can try calling just to confirm this circulated email? Mungkin boleh juga tanya, kalau mereka ada hantar sukarelawan ke sana.
 
cuba email mereka.. klu awak dapat call mereka, please update kat sini.. biar semua orang tau.. thanks..
 
belum lagi, tapi dah derma.. sebab saya dapat dari email (company email), klu email ni fake @ orang nak scam, staff bahagian IT akan dapat kesan.. dan akan kuar email yang dari staff IT cakap email tu fake or scam.. klu sy dapat dari personal email, memang sy was2 nak derma..
 
belum lagi, tapi dah derma.. sebab saya dapat dari email (company email), klu email ni fake @ orang nak scam, staff bahagian IT akan dapat kesan.. dan akan kuar email yang dari staff IT cakap email tu fake or scam.. klu sy dapat dari personal email, memang sy was2 nak derma..

Maksudnya staff IT dept kat company TT dah call diorg sebagai pengesahan bahawa perkara ini memang benar?
 
Maksudnya staff IT dept kat company TT dah call diorg sebagai pengesahan bahawa perkara ini memang benar?

bukan diorang call.. tp diorang akan siasat dari mana sumber email tu.. klu email tu fake @ scam, orang yang foward email tu kat semua staff akan kena..

klu awak derma pakai maybank, akan keluar nama account holder. Account holder adalah GLOBAL PEACE MISSION.

Baru tadi google, diorang ada website.. confirm sumber ni sah.. ada kat website diorang.. kat situ pun awak boleh tanya macam mana nak join sebagai volunteer..
harap info ni berguna utk awak..:)cgrock
 
Alhamdulillah. Saya baru selesai bercakap di telefon dengan Encik Adli, salah sorang staff GPM dan beliau confirmkan bahawa bantuan ini memang wujud dan benar. Ada beberapa info lain yg dikongsikan dengan saya tadi, tapi skg belum ada kesempatan. Saya akan kongsikan info lain lepas sampai kat rumah, Insya Allah...
 
Info dari Encik Adli (GPM).

Bantuan yg terkumpul sepanjang bulan Ramadan telah pun dihantar ke Myanmar pada pagi tadi. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bererti kempen membantu kaum Islam Rohingya ini sudah tamat. Insya Allah kempen ini akan terus berlangsung dan bantuan seterusnya akan diserahkan sekitar 3-4 bulan dari sekarang. Jadi kepada anda yg mahu menderma, anda boleh terus melakukan demikian dengan memasukkan wang ke dalam akaun2 seperti yg tertera pada maklumat di atas. TIADA akaun lain selain dua di atas. Untuk info lanjut, anda bolehlah menghubungi nombor2 telefon seperti yg tertera pada iklan di post TT.

Kepada anda yg bercita-cita mahu menjadi Sukarelawan, tak kira lelaki atau perempuan, bolehlah menghantar emel menerusi alamat emel yg ada di laman web GPM di sini - http://gpm.com.my/contact-us

Sama2 kita menghulurkan bantuan setakat yg kita mampu, biarpun RM10 sahaja. Ambillah peluang melakukan sebanyak mungkin sedekah di bulan yg mulia ini. Sampai hatikah anda melihat kaum seagama anda tiada makanan utk dimakan, dan hanya bersembunyi di hutan2 dan gunung2, sedangkan kita di sini mewah dengan makanan?
 
Back
Top
Log in Register