BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Khas Tiket Penerbangan RM500 Untuk Mahasiswa Baharu IPTA - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Bantuan Khas Tiket Penerbangan RM500 Untuk Mahasiswa Baharu IPTA - PM Anwar​

16891d9aabf51b8398975ef283eb22966aaabfaec06e4

9055e0699b92600fcc945797c3a9333f6aaab30cc8f26

ee3d13b11ccafc6920e25a6594ed54c96aaab0e9b3319

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara one-off atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk memulakan pengajian masing-masing.

"Universiti awam, politeknik, kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini. Ini akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan pengajian," kata beliau.

Perkara itu diumumkan Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

Tetamu kehormat pada sambutan itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat, di samping mengumumkan penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel dan penstrukturan semula hak pemberian khas bagi negeri itu.

 
Back
Top
Log in Register