BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantah nilai pampasan rendah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Penduduk mengadakan bantahan berhubung nilaian harga tanah yang terlalu rendah.​

YAN - Lebih 1,400 penduduk di sekitar Guar Chempedak dan Sedaka yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek jalan sambungan dari Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Gurun ke Pulau Bunting tidak bersetuju dengan nilai pampasan yang ditawarkan pihak berkenaan.

Wakil penduduk, Abu Yaziz Lazim, 65, berkata, kawasan yang majoriti tanah sawah hanya ditawarkan pampasan sekitar RM3.80 hingga RM4.80 sekaki persegi.
"Kami tidak bantah projek yang nak dijalankan, tapi kami cuma tidak puas hati dengan nilai harga tanah yang terlalu rendah.

"Sedangkan kawasan ini semakin maju dan sudah tentu harga tanah lebih tinggi. Ini menunjukkan berlaku ketidakadilan," katanya.

Menurutnya, penduduk juga menuntut supaya pihak berkaitan dapat mengambil perhatian dalam masalah itu serta mempertimbangkan semula nilaian harga tanah di kawasan terbabit.

"Perkara ini menyebabkan 99 peratus penduduk yang berbangsa Melayu mengalami kerugian.

"Mahu tidak mahu mereka terpaksa terima dengan bantahan. Lebih menyedihkan apabila semasa sesi perbincangan, ada pihak yang mencabar penduduk supaya bawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Katanya, penduduk tidak mampu untuk menyahut cabaran itu atas faktor kewangan.

"Memang kita boleh cabar perkara ini di mahkamah, tetapi berapa orang sangat yang sanggup berkorban duit mereka untuk tujuan itu.

"Kalau ya, mereka terpaksa belanja wang yang banyak untuk melantik peguam, bayaran deposit tanah dan sebagainya. Penduduk tidak mampu melakukan perkara itu," katanya.

Abu Yaziz berkata, contoh nilai pampasan yang dibuat di Guar Chempedak pada 2008 adalah RM8.50 sekaki persegi.

"Pada 2009, pampasan tanah untuk projek laluan kereta api Guar Chempedak adalah RM7.75 sekaki persegi dan pada 2011 nilai pampasan yang dibuat untuk pembinaan masjid adalah RM13.60 sekaki persegi.

"Tetapi pada 2015, pengambilan tanah untuk projek ini turun mendadak sehingga RM4.80 sekaki persegi bagi kawasan zon perumahan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 50, berkata, penduduk tidak menghalang projek yang ingin dilaksanakan, cuma mempertikai nilaian harga tanah yang dibuat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kerajaan akan membina jalan sambungan sepanjang 18.6 kilometer (km) dari arah Gurun ke Pulau Bunting, di sini.

Pembinaan jalan itu adalah untuk memajukan kawasan daerah Yan terutama Pulau Bunting sebagai Pelabuhan Kedah (Kedah Port).

Sebanyak 54.3 hektar tanah penduduk terlibat dalam pengambilan itu. Masing-masing dua rumah separuh batu, dua rumah kayu, enam rumah separuh kayu, empat rumah batu dan selebihnya ialah tempat cuci kereta serta gerai-gerai tepi jalan.

Projek bernilai RM250 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017.
 
tak silap mmg boleh buat bantahan.. rasa sikit je kos, kena sertakan penilaian valuer yg bertauliah..

kerajaan buat penilaian guna JPPH, tu yg rendah.. kalau guna valuer swasta boleh dpt tinggi..
 
tak silap mmg boleh buat bantahan.. rasa sikit je kos, kena sertakan penilaian valuer yg bertauliah..

kerajaan buat penilaian guna JPPH, tu yg rendah.. kalau guna valuer swasta boleh dpt tinggi..

ermmmm boleh bantah kos 3000 rasanya... and boleh je pakat derngan peguam
 
bole je rayu lg..lantik loyer la senang.sbb biasa rege 1st offer dlm 1/4 @ 1/3 dr rege market
 
gila harga memang rendah..tanah bendang la ni memang dah mahai dah....kalau jual sendiri pon jarang dapat harga serendah ni dah...
 
kampung cek ni..elok la upgred pulau bunting tu, dah lama jadi projek gajah putih..sampai putih pun hilang dah..
 
Back
Top
Log in Register