BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: PPS Berisiko Ditenggelami Air, Lebih 200 Mangsa PPS Seri Damai Dipindahkan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
8d71cb1a50cdb73f4b1a9cd593da142969421993b7ee5

Kredit: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kuantan

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memindahkan lebih 200 mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai di sini ke PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan Mejar (PA) Zahidi Zainudin berkata operasi pemindahan itu, dilaksanakan berikutan PPS asal terpaksa ditutup kerana berisiko ditenggelami air dan bilangan mangsa yang semakin bertambah.

“Operasi berkenaan bermula kira-kira 10 malam dan selesai pada 1 pagi tadi, dengan mangsa dipindahkan menggunakan lori,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata selain APM, agensi lain yang terlibat melaksanakan operasi dalam keadaan hujan berterusan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dan pasukan polis.

Zahidi berkata operasi menyelamat penduduk yang terjejas banjir diteruskan hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup untuk semua jenis kenderaan pada 7 pagi tadi.

Selain itu, setakat 8.30 pagi Jalan RTK Ekonomi dan Jalan Air Hitam di sini turut ditutup untuk semua jenis kenderaan manakala Jalan Sri Damai dan Jalan Samsudin di sini ditutup untuk penggunaan kenderaan ringan.

Menurut aplikasi Infobencana JKM, jumlah mangsa banjir di Pahang semakin meningkat dengan 2,206 mangsa daripada 695 keluarga ditempatkan di 22 PPS di Kuantan, Maran dan Rompin setakat 9.30 pagi berbanding 2,077 mangsa daripada 648 keluarga ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah itu pada 8.30 pagi tadi.

 
Back
Top
Log in Register