BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Terengganu Catat Lebih 5,000 Mangsa Di 77 PPS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
2e748b19b68130a6bafef4c24a6824ff692941146e2cc


Terengganu terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi apabila seramai 5,009 orang daripada 1,488 keluarga ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Selangor juga meningkat manakala Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan penurunan.

Negeri Sembilan dan Melaka turut dilanda banjir.

Di TERENGGANU, semua lapan daerah di negeri itu kini terjejas bencana yang melanda sejak 22 Nov lepas dan menyebabkan 15 jalan ditutup.

Menurut laman sesawang Jabatan Kerja Raya (JKR), tujuh jalan di tiga daerah ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula semalam dan pagi tadi manakala lapan laluan di empat daerah ditutup kepada kenderaan ringan.

Berdasarkan laman sesawang InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 25 mangsa daripada lapan keluarga berpindah ke dua PPS.

Bagaimanapun, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,720 orang daripada 442 keluarga di 21 PPS diikuti Marang 1,316 orang (373 keluarga) di 10 PPS dan Setiu 1,113 orang (395 keluarga) di 21 PPS.

Daerah Dungun menyaksikan 371 mangsa daripada 86 keluarga ditempatkan di sembilan PPS diikuti Kuala Terengganu (322 orang daripada 135 keluarga) di empat PPS, Besut 71 orang (29 keluarga) di enam PPS dan Hulu Terengganu 71 orang (20 keluarga) di empat PPS.

Berdasarkan laporan publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di lima stesen iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman; Sungai Chalok di  Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Setiu di Kampung Bukit, Setiu telah melepasi tahap bahaya.

 
Back
Top
Log in Register