BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Terengganu Pulih

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 68 mangsa daripada 24 keluarga di Besut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Kolonel Pertahanan Awam (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mereka sebelum itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga kerana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa ekoran hujan lebat.

“Kita telah menerima amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai fasa hujan lebat berikutnya yang bermula semalam (Isnin). Kalau kita tengok sekarang ini pun hujan lebat sering berlaku pada waktu petang dan tengah malam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Zul Khairi turut menasihati penduduk terutama di kawasan yang sering dilanda banjir supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah ke PPS terdekat, sekiranya kawasan rumah mereka mula dinaiki air.

 
Back
Top
Log in Register