combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bangunan Makmal Patologi Baharu Di HRPZ II Bernilai RM175 Juta
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Mohd Azman Yacob ditemui pemberita pada Majlis Perasmian "21st Annual Scientific Meeting, College of Pathologists, Academy of Medicine dan Pelancaran Buku Golden Jubilee Commemorative Book" hari ini.
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini bakal menerima sebuah bangunan makmal patologi baharu bernilai RM175 juta.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata projek itu akan bermula tahun depan dan mengambil masa hingga lima tahun untuk siap.
"Makmal baharu ini menggantikan makmal lama di HRPZ II dan ia akan dilengkapi dengan pelbagai alat teknologi yang moden.
"Pembinaan bangunan makmal yang baharu ini juga akan mempunyai 125 lot parkir dan 40 katil untuk wad kelas pertama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian 21st Annual Scientific Meeting, College of Pathologists, Academy of Medicine dan Pelancaran Golden Jubilee Commemorative Book di sini hari ini.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan 462 peserta dari dalam dan luar negara, serta menampilkan penceramah terkemuka yang berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dalam bidang masing-masing.
Dr Mohd Azman berkata setakat ini terdapat bangunan baharu makmal patologi sudah siap dibina termasuk Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, Kelantan, namun pihaknya juga sedang mengenal pasti beberapa lagi makmal patologi yang perlu dinaik taraf.
"Bilangan makmal patologi di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan adalah sebanyak 151 buah, manakala klinik kesihatan setakat Jun pula berjumlah 825 termasuk tujuh di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
"Perancangan untuk pertambahan makmal baharu termasuk Hospital Kemaman (Terengganu) Hospital Lawas (Sarawak), Hospital Kapar (Selangor), Pusat Kanser Sarawak dan Pusat Kanser Wilayah Utara," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan di makmal patologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa terutama dalam penggunaan teknologi seperti mesin yang canggih bagi mendapatkan keputusan mengenai sesuatu penyakit itu dengan cepat dan tepat.
Loading…
www.bernama.com