BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangkit selepas ditipu jutaan ringgit

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
04hmna6.transformed.jpg

DARI kiri, Mohd Syafiq, Muhamad Akmal dan Mohd Shahiran bersama replika cek yang diterima.​


Putrajaya: "Saya pernah ditipu sehingga jutaan ringgit dalam perniagaan. Nilai itu sangat besar, namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus bertahan," kata pengusaha Ladang Alam Warisan Negeri Sembilan, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan, 34.

Usahawan yang juga graduan Sarjana Muda Pengiklanan dan Penjenamaan itu diumumkan penerima Anugerah Cemerlang Pertandingan Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) bagi kategori Pengembangan Perniagaan (PP), sekali gus membawa pulang geran RM1.5 juta.

Geran disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Presint 3, di sini, semalam.

Muhamad Akmal mengakui pelbagai cabaran sepanjang menjalankan perusahaan ladang berkenaan, namun dia sering berfikiran positif.

"Ketika ditipu sebelum ini, saya tidak menganggap wang sebagai kayu ukur. Penipu hanya dapat mengambil wang saja, tetapi dia tidak dapat memperoleh ilmu yang saya ada.

"Malah, kadangkala orang beranggapan masalah ekonomi mengganggu perniagaan, namun saya tidak mengendahkannya kerana rezeki itu daripada Allah," katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mengusahakan Ladang Alam Warisan sejak 2010.

Dia juga memiliki syarikat Mega AD Services Sdn Bhd di Presint 15, Putrajaya yang menjalankan perkhidmatan pengiklanan.

Dua lagi usahawan yang menerima Anugerah Cemerlang ialah pengusaha projek jambu batu, Mohd Shahiran Mat Hassan, 37, dan pengusaha bengkel cat kenderaan, Mohd Syafiq Drahman, 28, masing-masing menerima geran bernilai RM1 juta.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75155
 
okay semoga terus sukses memajukan industri ladang tanah air
 
Back
Top
Log in Register