BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banduan Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Penjara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Banduan Lelaki Maut Dipercayai Dipukul Di Penjara​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Seorang banduan lelaki maut dipercayai dipukul tiga banduan lain di sebuah penjara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 12.31 tengah hari semalam daripada seorang warden penjara itu.

“Mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Terengganu dipercayai dipukul di sebuah bilik oleh tiga suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun.

“Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat koyak pada limpa yang dipercayai berpunca daripada hentakan benda tumpul seperti tumbukan atau tendangan.

Sofian berkata hasil siasatan mempercayai kejadian berpunca daripada hutang lama dan perasaan tidak puas hati ketiga-tiga suspek terhadap mangsa.

“Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register